• 8289
1

Penulisan2u

Tulis Nama Atas Batu Oleh Rissa Ahdiya

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tulis Nama Atas Batu Oleh Rissa Ahdiya

Kahwin dan sambung belajar atau duduk saja di rumah, tunggu jodoh kamu turun dari langit? - Haji Lutfi

Haji Lutfi mengatakan hal sedemikian kerana bersebab. Ada rahsia yang tidak diketahui oleh Najla yang masih disimpan rapi oleh kedua-dua orang tuanya. Firhad. Itulah calon bakal suami Najla, merangkap sepupu Najla juga. Najla yang mula-mula rasa terpaksa, tapi lama-lama terjatuh suka! Yalah, siapa yang tak terpikat dengan Si Firhad tu?Si kacak yang gelagatnya, kata-katanya yang sentiasa mencuit hati Si Najla.

"Tenung-tenung orang kenapa? Dah jatuh hatilah tu. Itulah, saya dah pesan, saya ni mudah aje nak buat orang jatuh cinta."- Firhad
"Huh, tak ada maknanya nak jatuh hati pada awak!" - Najla

Rumah tangga yang dibina semakin hari semakin berbunga bunga. Mereka bahagia tetapi tidak lama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan Najla dan Firhad. Rumah tangga mereka diuji.

"Ayah saya beri awak duit sebanyak dua puluh lima ribu ringgit, kan? Awak kahwin dengan saya sebab dibayar, kan? Ayah saya yang bayar awak. Betul, kan?" - Najla
"Abang ikhlas berkahwin dengan Najla. Abang sayangkan Najla sejak lama dahulu." -Firhad

Najla tidak menyangka Firhad sanggup menipu dirinya. Dia ingatkan Firhad ikhlas, tetapi dusta semata-mata. Cek bernilai dua puluh lima ribu ringgit menjadi tukaran buat dirinya. Dia terkilan. Dia kecewa. Lelaki yang dianggap sebagai pelindung dirinya, tempat bergantung harap sanggup melakukan hal sedemikian terhadap dirinya.

Mampukah Firhad meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangga mereka sementelah bukti ternyata di depan mata?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan yang bermula daripada desakan dan aturan keluarga
  • Cinta yang tumbuh selepas perkahwinan
  • Rahsia keluarga serta perkahwinan sepupu
  • Konflik kepercayaan, kejujuran dan penipuan dalam rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta selepas berkahwin
  • Peminat kisah perkahwinan yang diatur oleh keluarga
  • Pembaca yang suka konflik rumah tangga dan salah faham
  • Peminat watak lelaki romantik, bersahaja dan mencuit hati

Maklumat Buku

  • Penulis: Rissa Ahdiya
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672102267
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan