Fajar Pakeer
Suami Simpanan Superstar
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Suami Simpanan Superstar
Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.
Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.
Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.
“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”
Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta antara superstar dan lelaki biasa
- Perkahwinan simpanan dan cinta selepas berkahwin
- Identiti rahsia serta kehidupan selebriti
- Hilang ingatan dan usaha mengembalikan cinta
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel cinta romantik
- Peminat kisah kahwin kontrak atau perkahwinan berasaskan perjanjian
- Pembaca yang menyukai watak selebriti dan identiti rahsia
- Peminat cerita hilang ingatan, konflik emosi dan cinta berputik semula
Maklumat Buku
- Penulis: Crystal Anabella
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789673651672
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg