• 7625
1

Lovenovel

Mocha Girl Oleh Arsya Aisya

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mocha Girl Oleh Arsya Aisya

Kerana kopi, dua hati dan kehidupan yang berbeza menjadi satu!
Nur Qasy Imani atau Q… pencinta kopi yang sanggup menjadi barista di Luth’s Café. Menjadi barista itu mudah baginya, namun ia menjadi payah apabila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Ada ketika, nun jauh di sudut hatinya berdetik rasa.
Luth Haqiem… bersama detik waktu berlalu, cintanya berputik. Untuk mengakui, dia resah sendiri. Lalu dia mendekat dalam caranya sendiri. Untuk berada dekat dengan Q, dia sanggup mendera gadis itu.

“Masuk bilik aku! Lambat… tunggulah denda kau nanti.”

– Luth

“Masuk bilik aku! Dia ingat aku ni bini dia ke? Nak masuk bilik bagai. Ya Allah, bagilah aku kesabaran yang tinggi.”

– Q
Q keliru dengan perasaannya sendiri, Luth juga menolak perasaan yang wujud antara mereka. Namun tragedi yang menimpa Luth mengubah segalanya. Bak kata peribahasa; ‘ikan di laut dalam kuali bertemu jua’. Sesungguhnya pemilik hati itu Allah. Jika sudah ditakdirkan dua hati yang berbeza itu bersatu, cukup saja dengan ‘kun fayakun’.

“… Aku tak nak kau muncul depan aku lagi.”

– Luth

“… Sekali saya cakap saya nak kahwin dengan awak, maka selamanya akan begitu. Sama ada awak suka atau tidak, awak akan tetap jadi suami saya! Titik!”

– Q
Melayari sebuah perkahwinan di sisi suami yang sudah hilang semangat bukan sesuatu yang mudah, tetapi tidak sukar bagi gadis secekal Q. Saban kali Luth menolak, dia mendekat. Apa susah, mereka sudah halal!
Namun sebuah pelayaran yang tenang bergelodak dengan kemunculan Sofia. Siapakah Sofia? Lebih menyakitkan, kebenaran tentang Luth terbongkar. Sebuah kepercayaan yang dikhianati lebih perit daripada langau yang menghimpit. Q membawa diri. Apakah masih ada ruang dalam ikatan mereka? Apakah rahsia Luth?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang berkembang antara barista dan majikan di kafe
  • Perkahwinan dan cabaran membina rumah tangga
  • Konflik kepercayaan, pengkhianatan dan rahsia masa lalu
  • Ketabahan isteri menghadapi suami yang menjauhkan diri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta antara majikan dan pekerja
  • Pembaca yang gemar tema perkahwinan dan konflik rumah tangga
  • Peminat watak wanita tabah dan berani memperjuangkan cinta

Maklumat Buku

  • Penulis: Arsya Aisya
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789672185505
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan