Fajar Pakeer
Menantu Pilihan Bapak
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Menantu Pilihan Bapak
Nak kata kahwin paksa, tidak pula. Kerana dia rela bernikah dengan lelaki pilihan bapak. Seri Haji Salam tidak pandai buat keputusannya sendiri. Anak bongsulah katakan. Ikut sajalah cakap orang tua. Tak rugi mana pun. Lagi untung adalah.
“Jadi, macam mana ni?” - Bapak
“Entahlah. Ikut bapaklah.” - Seri
Memang Seri anak bapak. Semua keputusan bapak yang buat. Dia tahu, bapak akan beri yang terbaik untuknya, walaupun Khalif hanya seorang drebar lori. Dia sendiri pun bukan bagus sangat, hanya seorang kerani biasa sahaja. Dan benarlah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Wajah tidak menggambarkan hati Muhammad Khalif bin Salleh. Okey, bukan khilaf, tetapi Khalif. Tak disangka yang lelaki bakal menjadi suami dan bakal menantu pilihan bapak itu punya seribu satu kisah.
“Terima kasih daun keladi.” - Seri.
“Saya tak mahu daun keladi. Saya nak awak.”- Khalif.
Kan? Nak kata apa, memang begitulah sikapnya. Namun, yang paling disenangi, Khalif amat menghormati bapak kesayangannya. Kedua-duanya sekepala dan lebih kurang sengal juga. Lega hati Seri.
“Awak, tinggal tinggal lima hari lagi kita nak nikah.”
Memang Khalif sengaja hendak membuat dia sentiasa berdebar-debar dan tidak tentu rasa. Seri tahu lelaki itu menghitung hari bahagia. Dia? Harap-harap dia juga akan bahagia. Dia percaya yang calon bapak adalah yang terbaik untuk dirinya. Dalam gembira menanti untuk dinikahkan, pelbagai dugaan datang melanda. Begitu pun, akhirnya selamat juga mereka bernikahdan sama-sama cuba serasikan diri untuk menghadapi alam rumah tangga.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan pilihan keluarga dan restu bapak
- Cinta yang berkembang selepas perkahwinan
- Penyesuaian diri dalam alam rumah tangga
- Hubungan erat antara anak dan bapak
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Peminat kisah perkahwinan pilihan keluarga
- Pembaca yang suka tema cinta selepas berkahwin
- Peminat kisah rumah tangga dengan unsur komedi dan kekeluargaan
Maklumat Buku
- Penulis: Sarnia Yahya
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789673652082
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg