• 3937
1

Karyaseni

Memilihmu Kerana Dia

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Memilihmu Kerana Dia

“Tolong jaga bonda dan Heritage.” - Ku Azran

Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage.

Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan

hidup Nur Sarah lintang-pukang.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan

Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda

Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

“Dengar sini Sarah, walaupun kau isteri aku tapi aku tak pernah terfikir nak sentuh kau sebab aku jijik! Jijik nak sentuh bekas adik kandung

aku sendiri!” – Ku Ammar

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar dan bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu

Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya, Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam

dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

“Buat apa nak membazirkan air mata, Sarah? Kalau aku jadi kau, dah lama aku keluar dari rumah ni. Kau tak malu ke? Orang dah tak suka buat apa

kau nak terhegeh-hegeh, kan? Atau kau suka dijadikan alat?” - Lisanani

“Enough, Lis. Aku tak perlukan nasihat kau. Selagi Ammar tak ceraikan aku, selagi tu aku tak akan keluar dari rumah ni. Selagi Ammar tak pecat aku

dari Heritage, selagi itulah aku akan bekerja di situ!” – Nur Sarah

“Damn you, Sarah! Kau ingat aku akan diamkan, Sarah? Kau mimpilah dulu. Kita tengok siapa yang akan dihalau nanti!” – Lisanani

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai

Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani beria-ia hendak menghalau Nur Sarah? Siapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar?

Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya? Semuanya dalam Memilihmu Kerana DIA...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan paksa dan konflik rumah tangga
  • Cinta selepas perkahwinan
  • Amanah keluarga dan tanggungjawab mengurus Heritage
  • Poligami, cemburu dan pengorbanan seorang isteri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat cerita cinta selepas perkahwinan
  • Pembaca yang menyukai tema kahwin paksa
  • Peminat kisah rumah tangga, poligami dan konflik keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Myra Ameer
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246864
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan