• 2291
1

Alaf 21

Kuutus Rindu Oleh Intan Arnida

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kuutus Rindu Oleh Intan Arnida

KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.

Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.

Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang ''digeruni''. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamarannya yang penuh makna!

Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan!

Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?

Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!  

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik perceraian dan keretakan rumah tangga
  • Perebutan hak penjagaan anak
  • Dendam, pengkhianatan dan rahsia masa lalu
  • Penyamaran serta usaha membongkar kebenaran

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah perceraian dan konflik rumah tangga
  • Pembaca yang tertarik dengan tema keibuan serta kasih sayang anak
  • Pembaca yang menyukai plot dendam, penyamaran dan rahsia keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Intan Arnida
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831243541
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan