Suara Hati Publication
I Want You, Kay Dhamina Oleh Daisy Zahra
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis I Want You, Kay Dhamina Oleh Daisy Zahra
Kay Dhamina muncul di Syarikat Fantasia Interior Design dengan satu misi.
Misi mencari jawapan kepada siapa yang menyebabkan adiknya Rose Dhamia menderita Anhedonia.
Pasti tekanan yang diterima Rose sangat hebat semasa bekerja di syarikat itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Lebih menghairankan Kay, semua orang termasuk keluarganya sengaja merahsiakan perkara sebenar daripadanya.
“Kalau betul, biar Kay yang cari dan gali sendiri rahsia yang semua orang cuba simpan ni.
Dan biar Kay yang membuat perhitungan!”
Di syarikat itu Kay bertemu dengan Ian Ghadafi. Diakah penyebabnya? Hidungnya mancung, bibir berwarna ceri dan rambutnya lebat. Kening sudah tentu tebal. Ciri-ciri lelaki bermata keranjang!
Ian sudah jatuh cinta dengan Kay manakala Kay mahu menjatuhkan Ian! Kay keliru buat seketika. Biarpun seperih mana Ian membuktikan keikhlasan cintanya, Kay enggan percaya.
Demi Rose, akhirnya maruah lelaki itu diinjak hingga ke tahap yang paling memalukan!
“I nak you menderita, Ian!”- Kay
“Tahniah. You dah berjaya menjatuhkan I.”- Ian
Tapi sayangnya, Kay tersalah percaturan. Sebuah kemaafan menjadi mahal buat Ian. Bagaimana akhirnya sebuah dendam Kay?
“I’m sorry, Ian. I jahat, kan? I tak akan main-mainkan perasaan you lagi....”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Dendam dan misi mencari kebenaran
- Rahsia keluarga serta konflik masa lalu
- Tekanan emosi dan kesihatan mental
- Cinta, kepercayaan dan pengkhianatan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel Melayu bergenre romantik
- Peminat kisah cinta penuh konflik dan emosi
- Pembaca yang menyukai tema dendam serta rahsia keluarga
- Peminat kisah cinta di tempat kerja
Maklumat Buku
- Penulis: Daisy Zahra
- Penerbit: Suara Hati Publication
- ISBN: 9789671675922
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg