• 6756
1

Penulisan2u

Cinta Tak Pernah Salah Oleh Isandra

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cinta Tak Pernah Salah Oleh Isandra

Satu peristiwa membuatkan Hazril Mifzal menjauhkan dirinya dari keluarga lantas bekerja sebagai pelayan di sebuah warung. Dia juga nekad mahu menjauhkan diri dari semuanya. Namun, pertemuannya dengan Mia Adlina mula mengubah sedikit sebanyak prinsip yang dipegang. Setelah kecewa dengan kecurangan kekasihnya yang bernama Aqil Thaqif... Mia Adlina mengambil keputusan untuk meminta bantuan Hazril Mifzal bagi membalas segala perbuatan Aqil kerana telah curang dengannya.

“Apa?! Awak tengok baju saya. Saya punya cantik macam ni awak nak suruh saya cuci kereta?!” - MIA ADLINA

“Tak cantik pun... Macam pakai baju kelawar aje. Baju tidur yang jual dekat pasar malam tu, sehelai RM 20 ringgit dan ke bawah...” - HAZRIL MIFZAL

“Hei! Eee... Saja nak naikkan darah saya, kan?” - MIA ADLINA

Dipujuk rayu, dia masih tidak diendahkan. Mia Adlina mula mengunakan cara brutal, mengugut. Hazril tiada pilihan lain, dia setuju. Tempoh yang diberikan Mia juga tidaklah lama untuk dia turuti permintaan wanita itu. Tanpa sedar, tempoh pura-pura itulah telah membuatkan hati masing-masing berantakan dengan bermacam rasa. Dendam lama Aqil terhadap Hazril makin memuncak apabila lelaki itu muncul kembali dan kini lelaki itu mahu merampas pula Mia darinya. Kenapa mesti dua wanita yang paling dicintainya diragut pergi oleh orang yang sama?

“Lelaki yang ada depan awak ni, yang nampak innocent depan mata awak ni sebenarnya lagi teruk daripada saya! Dia ni sebenarnya pembunuh!” - AQIL THAQIF

Silap Mia cuma satu, dia percayakan Aqil. Ketika dia sedar dia tersilap percaturan, Hazril sudah pergi. Namun, masih adakah peluang untuk Mia mendapatkan cintanya semula?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hubungan cinta purapura yang berubah menjadi perasaan sebenar
  • Kecurangan, pengkhianatan dan usaha membalas dendam
  • Konflik cinta tiga segi serta perebutan pasangan
  • Rahsia masa lalu, trauma dan tuduhan jenayah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta purapura atau fake relationship
  • Pembaca yang suka konflik kecurangan dan cinta tiga segi
  • Peminat watak dengan rahsia masa lalu serta kisah penuh misteri

Maklumat Buku

  • Penulis: Isandra
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672321033
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan