• 8488
1

Kaseh Aries Publication

Operasi Cinta Haqiel Oleh Sara Irdina

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Operasi Cinta Haqiel Oleh Sara Irdina

Siapa sangka di sebalik seragam pengawal peribadi dan bertopi itu adalah seorang gadis bernama Ainan Syahira. Pertemuan dengan seorang yang menjengkelkan ketika bertugas, mencetuskan perbalahan.

“Sorry, aku tak suka cari pasal. Tapi kalau ada yang cari pasal juga, memang aku tak akan biarkan dia balik dengan dua belah kaki.” ~ Ainan

“Macam mana, Cik Boboy? Nak saya patahkan kaki awak ke? Sebab saya pun tak akan biarkan orang yang serang saya, balik dengan dua kaki.” ~ Haqiel

Ainan tidak menjangkakan lelaki itu adalah rakan sekerja dan sepasukan dengannya. Dalam Ainan menidakkan kehadiran Haqiel, ada rasa yang cuba dinafikan sekeras-kerasnya. Bagi Haqiel pula, jawapan ‘tidak’ daripada Ainan dianggap ‘ya’ baginya walaupun dirinya ditolak berkali-kali. Namun mengapa tiba-tiba Haqiel berputus asa untuk terus memiliki gadis pujaannya?

“Anggap saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Boleh juga anggap saya bagaikan mimpi ngeri yang awak mahu lupakan sebaik sahaja awak terjaga.” ~ Haqiel

“Haqiel, janganlah buat aku macam ni. Kau nak aku kahwin dengan kau, kan? Aku setuju. Kita kahwin dan tinggal di sini.” ~ Ainan

Mampukah Ainan membuat Haqiel kembali memandangnya sedangkan seboleh mungkin Haqiel menjauh? Benarkah ada konspirasi di sebalik kejadian-kejadian yang menimpa pasangan itu? Siapakah dalangnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara rakan sekerja dan pasangan sepasukan
  • Hubungan benci menjadi cinta antara Ainan dan Haqiel
  • Kehidupan serta tugas sebagai pengawal peribadi
  • Perkahwinan dan usaha mendapatkan semula kepercayaan pasangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah romantik
  • Peminat trope benci menjadi cinta
  • Pembaca yang menyukai watak wanita berani dan berdikari
  • Peminat kisah pengawal peribadi, aksi dan keselamatan

Maklumat Buku

  • Penulis: Sara Irdina
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9789672035534
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan