• 3672
  • 3673
1

Shakespot

Damping

Regular price
RM 17.90
Sale price
RM 17.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Damping

Semua budak kecil amat menyenangi Zaki. Hatta ketika sedang menangis sekalipun, hulurlah kepada Zaki, tidak sampai lima minit, tangisan anak itu akan reda. Itulah kelebihan Zaki... secara lahiriah. Namun, di mata mereka yang mempunyai indera keenam, pemujuk anak-anak kecil itu sebenar bukan Zaki. Ada makhluk lain yang mendampinginya.

Dan makhluk itu memerlukan bantuannya bagi melerai perpisahan lebih 40 tahun. Bagi merungkai rahsia lebih 40 tahun lalu bukan mudah.

Tentangan nenek kebayan, mawas puaka, orang minyak dan puntianak belaan saudaranya, menyebabkan Zaki terpaksa memohon bantuan daripada rakan lama yang mempunyai indera keenam. Dengan gabungan tenaga mereka, Zaki cuba merungkai misteri yang membelenggu keluarganya dan membebaskan dirinya daripada pendamping... sebelum semua ini cuba meragut nyawanya.

Damping adalah novel seram pertama penulis siri Mata Tak Berhijab ini, yang masih didasarkan daripada gabungan beberapa kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling dan penampakan yang dilihat beliau sendiri

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Gangguan makhluk ghaib dan pendamping
  • Keupayaan indera keenam
  • Misteri rahsia keluarga lebih 40 tahun
  • Usaha membebaskan diri daripada ikatan makhluk halus

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Peminat novel seram dan kisah paranormal
  • Pembaca yang tertarik dengan fenomena indera keenam
  • Peminat mitos serta makhluk ghaib Melayu
  • Pembaca yang gemarkan misteri keluarga dan rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Zulkifli Ahmad Idrus
  • Penerbit: Shakespot
  • ISBN: 9789671245637
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan