• 8510
1

Fajar Pakeer

Bramfield House Rumah Inggeris Bertiang Seri

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bramfield House Rumah Inggeris Bertiang Seri

Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lengkap tanpa semangatnya. – KAPTEN BROCK

Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama ‘Bramfield House’ yang terletak di atas sebuah bukit.

Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemegang amanah bagi menguruskan Bramfield House.

Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku.

Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada beberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ.

Kehadiran ibu bapa Kapten Brock di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.

“Dia nak darah manusia.” - ANDAK
“Musuh Brock bukan seorang.” - WINSTON

Rahsia terbongkar, penipuan tersebar.

Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula yang akan bakal menjadi korban?

Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, mematikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Rumah berhantu dan gangguan makhluk ghaib
  • Misteri tulang di perigi serta kematian ngeri
  • Dendam orang kampung terhadap Kapten Brock dan Basariah
  • Rahsia, penipuan dan sejarah gelap Bramfield House

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel seram dan cerita hantu
  • Peminat kisah rumah berhantu dengan latar sejarah
  • Pembaca yang suka misteri, penyiasatan dan rahsia keluarga
  • Peminat cerita dendam, pembalasan dan kuasa ghaib

Maklumat Buku

  • Penulis: Maria Kajiwa
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220699
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan