• 9176
1

Anggun Melur

The One Yang Terunggul Legacy Edition Oleh Melur Jelita

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

The One Yang Terunggul Legacy Edition Oleh Melur Jelita

The One Yang Terunggul Legacy Edition karya Melur Jelita membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Seorang. Pergi sana kumbang perosak bunga!” Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Ada-ada saja

Sinopsis Novel The One Yang Terunggul Legacy Edition

“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”

“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel The One Yang Terunggul Legacy Edition

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Melur Jelita

  • Awak Suka Saya Tak? (Edisi Jelita Terkini)
  • The Unsung Hero
  • I Love You Stupid
  • My Precious Iris Legacy Edition 1
  • I Love You Stupid Extended Version 1