Suara Hati Publication
Seribu Satu Cinta Oleh Azieana
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Seribu Satu Cinta Oleh Azieana
Seribu Satu Cinta karya Azieana mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Deena. Dek terhutang budi, Deena akur dengan kehendak TJ. Berkahwin dengan tunang TJ sendiri! Qarl membantah keras dengan idea gila TJ. Sudahlah TJ memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh, malah siap disuruhnya Qarl menerima Deena sebagai isteri.
Sinopsis Novel Seribu Satu Cinta
Dek terhutang budi, Deena akur dengan kehendak TJ. Berkahwin dengan tunang TJ sendiri!
Qarl membantah keras dengan idea gila TJ. Sudahlah TJ memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh, malah siap disuruhnya Qarl menerima Deena sebagai isteri.
“I… I…. tak tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang dan I tak tahu apa maksud you lakukan semua ni. I betul-betul tak tahu dan I rasa I diperbodohkan. I rasa I dah jadi lelaki yang paling bodoh sekarang ni.”- Qarl.
“Qarl, please…. Tolong jangan minta I berterus terang kenapa I perlu buat semua ni. I tahu you kecewa, kesal dan marah tapi I tak boleh buat apa. I harap you dapat terima Madeena. Tolong jagakan dia untuk I. Tolong ya, Qarl.”- TJ
Akhirnya Qarl menerima Deena sebagai isteri namun ada syaratnya. Perkahwinan itu perlu dirahsiakan. Dan sekali lagi Deena akur, tidak membantah. Malah, Deena terima takdir hidupnya apabila dia tidak dianggap sebagai ‘isteri’ sebenar-benarnya oleh Qarl.
“… Aku tak pernah anggap kau sebagai isteri sebab aku tak akan pernah sukakan kau apa lagi nak cintakan kau. Kau tak layak untuk hidup bersama aku, tak layak menjadi isteri aku. Kau hanya layak sebagai hamba aku merangkap orang gaji aku. Taraf kau sama dengan Mak Midah.” Qarl
Kepulangan TJ tidak lama kemudian telah membuatkan Deena mengambil keputusan untuk keluar daripada hidup Qarl. Baginya, TJ adalah untuk Qarl sedangkan dia hanya tempat persinggahan Qarl sahaja.
Namun, bagaimana pula perasaan Qarl terhadap Deena? Adakah dia kekal menganggap Deena sebagai ‘orang gajinya’ dan cintanya tetap setia pada TJ? Terjawabkah juga persoalan utama mengapa TJ memutuskan pertunangan mereka dahulu dan mengapa Deena sangup menjadi galang gantinya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Seribu Satu Cinta
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Azieana
- Dia, Cinta Hatiku?
- Dia... Mr. Perfect Aku!
- Denganmu Lebih Indah
- Cinta Hati Mr. Aydan
- Jadikanlah Dia Jodohku