• 8287
1

Penulisan2u

Pergi Oleh Syima Syawal

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pergi Oleh Syima Syawal

Pergi karya Syima Syawal mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Dengan. RABIATUL ADAWIYAH… Kerana kekhilafannya, dia dihalau oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta, dia hilang jejak keluarganya

Sinopsis Novel Pergi

RABIATUL ADAWIYAH… Kerana kekhilafannya, dia dihalau oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta, dia hilang jejak keluarganya dan dia juga hilang permata hati. Dan sehingga kini mimpi ngeri itu sentiasa mengganggu lena tidurnya.


SYAKRI… Saat dia bakal bertunang, dia bertemu dengan si gadis misteri, gadis berniqab yang menyewa di sebelah rumah keluarganya.

Dan saat hatinya mula terpaut, rahsia gadis tersebut menyingkap kisah semalam yang menusuk hati… Kisah yang membawa duka dalam keluarganya.

“Perlu ke nak menyamar?” - SYAKRI

“Saya tak pernah menyamar!” - RABIATUL ADAWIYAH

“Bangkai mana boleh ditutup dengan daun. Lambat laun baunya akan tetap ada…” – SYAKRI

Pada saat Rabiatul Adawiyah tertekan dengan masalah-masalah yang tiba-tiba hadir, dia bertemu dengan seseorang yang ingin menjadi pelindungnya. Seseorang yang tidak kesah dengan latar belakangnya. Seseorang yang sudi menghulur tangan ketika dia lemas dalam perasaannya.

“Sebenarnya, dengan bersaksikan Tok Taha dan mak dek serta kawan Rabiatul Adawiyah, dengan berbesar hati saya ingin
menjadikan dia sebagai suri hidup saya. Dengan niat lillahitaala.” – AFIF HAIKAL

Cinta? Dia tidak percaya. Cinta hanya melekakan dirinya dan cinta juga membuatkan dia jauh dari keluarga. Kisah cinta semalam masih meninggalkan bekas dalam hatinya.

Namun dia tiada pilihan lain. Saat dia mahu memulihkan keadaan yang keruh, siapa sangka keluarga kandungnya mengenakan syarat untuk membayar harga erti sebuah keluarga dan keampunan.

“Baiklah… Kalau itu kehendak kamu dan Allah dah gerakkan hati kamu datang ke sini, pak cik setuju.

Tapi dengan satu syarat…” - ENCIK JALAL

Kerana lelaki hidupnya menjadi sengsara… Dan kerana lelaki juga dia mampu mengembalikan hubungan dengan keluarganya tetapi bersyarat. Mampukah dia menggapai kembali bahagianya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Pergi

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Syima Syawal

  • Kopiah Buat Zauji
  • Sepahit Kopi Semanis Cham
  • Setiap Langkahmu Ada Takdirku
  • Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro!
  • Seru Saja Bintang Itu