• 8273
1

Penulisan2u

Mr. Anonymous Oleh Adah Hamidah

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Mr. Anonymous Oleh Adah Hamidah

Mr. Anonymous karya Adah Hamidah membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Ishraf Muzaffar. Belajar sambil berkhidmat secara sukarela di Al-Husna. Dalam hidupnya, ada walid, umi, Hilman dan penulis kesayangannya, Mr. Batrisyia percaya, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Anonymous, 'Kebaikan takkan pernah meninggalkan orang yang baik'.

Sinopsis Novel Mr. Anonymous

Batrisyia. Orangnya sangat simple. Belajar sambil berkhidmat secara sukarela di Al-Husna. Dalam hidupnya, ada walid, umi, Hilman dan penulis kesayangannya, Mr. Anonymous. Batrisyia percaya, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Bak kata Mr. Anonymous, 'Kebaikan takkan pernah meninggalkan orang yang baik'. Keyakinan itu menyebabkan Batrisyia tanpa ragu-ragu memilih Aidil.

"Apa pasal berdiri aje kat luar tu? Nak jadi maling?" ~ Batrisyia

"Haah, sebab nak curi hati awak." ~ Aidil

Hidupnya yang simple itu tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara dengan kehadiran Ishraf Muzaffar. Mereka tidak bersependapat, apatah lagi dalam mencapai kata sepakat. Pendek cerita, takkan pernah ada istilah 'damai' antara mereka.

"Kenapa pantau saya aje? Kenapa tak pantau cikgu-cikgu lain? ~ Batrisyia

"Sebab cikgu-cikgu lain tak pernah peningkan kepala saya." ~ Ishraf Muzaffar

Apabila takdir memilih untuk memisahkan Batrisyia dan Aidil, Ishraf Muzaffar datang sebagai penawar.

"Salah satu cara mudah untuk lupakan seseorang, kita kena ada pengganti." ~ Ishraf Muzaffar

"Bukan senang saya nak lupakan, sebab saya ni bukan jenis pelupa." ~ Batrisyia

"Dalam kes Isya ni, lebih elok jadi pelupa." ~ Ishraf Muzaffar

Ketika Batrisyia nampak ada baiknya seorang lelaki bernama Ishraf Muzaffar, sebuah rahsia terbongkar sehingga menjadikan Ishraf Muzaffar begitu terkutuk di mata Batrisya. Masakan wanita sebaik dia menerima lelaki seperti Ishraf Muzaffar?

"Syurga itu dipenuhi dengan pendosa. Pendosa yang kembali mencari tuhannya. Bukan saya yang kata, tapi Mr. Anonymous awak yang kata, Isya." ~ Ishraf Muzaffar

Batrisya terpanah. Mahu lari, kaki tak mampu menapak pergi. Mahu kembali, jelas nyata bertentangan dengan prinsip hati. Jadi, apa keputusan yang perlu dia buat?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Mr. Anonymous

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Adah Hamidah

  • Cinta Dari Istana
  • Biarkan Cinta Hadir
  • Jangan Jatuh Cinta
  • Jauh Dari Cinta
  • Sudi Kata Sudi