• 3382
1

Penulisan2u

Menantu ‘Mithali’ Oleh Khayriesha

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Menantu ‘Mithali’ Oleh Khayriesha

Menantu ‘Mithali’ karya Khayriesha menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Pada. Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya

Sinopsis Novel Menantu ‘Mithali’

EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.

Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada  saat  Andy  ditimpa  kesusahan, Emma  juga  ingin  membantu  kerana  lelaki  itu  telah  banyak  membantunya.

“You  cakap  you  boleh  tolong.  Kalau macam itu, kahwin  dengan  I  jom?”  ~  ANDY

“Errr...”  ~  EMMA

Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.

“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu  paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY

Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu­­­­­! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.

Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.

Berjayakah  Emma  yang  liar  itu  menjadi  menantu  mithali  untuk  mama  Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Menantu ‘Mithali’

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.