• 8254
1

Karyaseni

Lelaki Ke-19 Oleh Norzailina Nordin

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Lelaki Ke-19 Oleh Norzailina Nordin

Lelaki Ke-19 karya Norzailina Nordin mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Mimpi. Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam. Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat! Nasib baik saya tak

Sinopsis Novel Lelaki Ke-19

Tatkala rindu dipendam, racun mekar di taman dendam.

Adwan terpaku mendengar jeritannya. Makhluk berkain putih yang berkibaran di atas katilnya itu boleh bercakap rupa-rupanya! Adwan tak fikir panjang, dia lantas laungkan azan kuat-kuat!

“Hoi!” – Hanani Nuha

“Awak buat saya terkejut, tau? Nasib baik saya tak pengsan!” – Adwan Firdaus

Pertemuan pertama yang mengerikan pada Nuha, tetapi lucu pada Adwan. Dalam gurauan lelaki itu, dia ingin menghulurkan salam perkenalan. Nuha pula malas nak layan sebab... ‘Insiden’ atas katil itu yang buat dia lebih tak keruan!

“Apa mimpi awak call saya ni?”

“Mimpi nenek kebayan awak tulah!”

Nuha mahu pengsan!

Macam mana mahu berkawan dengan Adwan? Asal berjumpa aje, mesti ada benda berlaku. Nuha jadi buntu. Adwan pula kaku.

Ah! Bagi Adwan pula, tak kiralah kalau muncul bayangan lelaki zaman lampau siap bertanjak dan berkeris atau budak perempuan misteri dalam mimpinya itu, Adwan akan lawan!

“Aku akan kacau keturunan engkau! Aku akan jahanamkan hidup mereka. Engkau puaka! Engkau pembunuh!”

“Kita jangan biarkan benda ni berlarutan. Kita kuat untuk selesaikan semuanya sekarang.”
Itu janji Adwan kerana cinta luhurnya pada Nuha.

“Saya cakap, saya ni bakal suami awak. Jadi, baik awak kahwin dengan saya!”

“Betul ke ni awak atau... Hantu?!”

Peristiwa aneh dan pelik semakin menjadi-jadi apabila mereka berdua bertemu. Seperti ada pesanan dari alam ghaib yang cuba menyampaikan kisah lama. Siapakah Adwan sebenarnya? Apakah kaitan lelaki itu dengan adik kembar wannya yang pernah hilang berpuluh tahun lampau?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Lelaki Ke-19

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Norzailina Nordin

  • 100 Juadah Perayaan
  • Kompilasi Masakan Berkuah
  • Kompilasi Hidangan Biskut
  • Kompilasi Hidangan Vegetarian
  • Cinta 365 Hari