Fajar Pakeer
Layakkah Aku Memilikimu? Oleh Nurfaza Alisya
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Layakkah Aku Memilikimu? Oleh Nurfaza Alisya
Layakkah Aku Memilikimu? karya Nurfaza Alisya membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Indah Naura. Pernahkah terfikir untuk tidak pernah bertemu dan saling jatuh cinta? Di dalam al-Quran ayat ini disebut sebanyak lapan kali. Sejauh mana saya lari pun, Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak.” – INDAH NAURA “Saya rasa awak dah tersalah pilih orang untuk
Sinopsis Novel Layakkah Aku Memilikimu?
Pernahkah terfikir untuk tidak pernah bertemu dan saling jatuh cinta?
“Kun fayakun. Di dalam al-Quran ayat ini disebut sebanyak lapan kali. Yang bermaksud… Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. Sejauh mana saya lari pun, Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak.” – INDAH NAURA
“Saya rasa awak dah tersalah pilih orang untuk dijadikan suami.” - KHAIR
Naura sudah menduga Khair mesti punya alasan untuk menolak dirinya. Cantik sangat ke dia hingga Khair segan nak berdampingan dengannya. Atau… Buruk sangat ke perangai Naura hingga Khair naik meluat? Lelaki… Ada saja alasan! Namun begitu, Naura tetap yakin dengan pilihannya. Pandai-pandailah dia nanti memasang jerat memikat sang kekasih hati. Selepas berkahwin, Khair tekad menolak kemewahan. Janjinya terhadap arwah Hajar harus dia kotakan walaupun satu hari nanti dia terpaksa mengguris perasaan Naura. Plan sudah bermula, Naura nekad untuk memikat. Seram sejuk Khair dibuatnya. Namun, itulah yang cuba Naura lakukan…
Membajai hati Khair hingga lelaki itu dapat ditakluk. Lebih-lebih lagi adanya Siti dan Julia, pesaing hebatnya untuk sampai ke garisan penamat. Dia mahu kedua-dua gadis itu tahu dia adalah Indah Naura isteri Khair. Miliknya seorang. Bagi Khair, jiwanya sudah tertawan, cuma ada satu noktah yang menyulitkan keadaan di antara dia dan Naura. Bukan kerana cinta tidak pernah hadir, hanya dendam pada diri sendiri sulit untuk mati. Mampukah Khair dan Naura membangkitkan perasaan yang seharusnya dinikmati mereka berdua? Layakkah Khair menganyam kasih yang dicipta oleh Naura selepas terjadinya peristiwa yang membuat gadis itu menjauhkan diri darinya? Mencintai… Dicintai… Dua hal yang sulit untuk dilepaskan, terlalu sakit untuk diakhiri. Selama mana bertahan, selama itulah ia menyatukan dua insan untuk saling memaknakan sebuah perasaan yang dimiliki.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Layakkah Aku Memilikimu?
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nurfaza Alisya
- Jodohku Abang Doktor
- Tiada Dua
- Penalti Cinta Abang Bola
- Isteri Untuk Diiktiraf
- Dia Pengantinku