• 9244
1

Suara Hati Publication

Kunoktahkan Cinta Ini Oleh Anna Milia

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kunoktahkan Cinta Ini Oleh Anna Milia

Kunoktahkan Cinta Ini karya Anna Milia membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Dhifa. Pertama kali bertemu tanpa sengaja, Dhifa terus jatuh hati pada Aryan. Mereka dipertemukan sekali lagi namun kali ini bersama si kembar Dhifa, Anida. Aryan terpikat pada Anida yang terlebih manja. Temu janji antara mereka berdua diatur. Nak dijadikan cerita,

Sinopsis Novel Kunoktahkan Cinta Ini

Pertama kali bertemu tanpa sengaja, Dhifa terus jatuh hati pada Aryan.  Mereka dipertemukan sekali lagi namun kali ini bersama si kembar Dhifa, Anida. Aryan terpikat pada Anida yang terlebih manja. Temu janji antara mereka berdua diatur.

Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama, Anida mempunyai  temu janji dengan Haikal. Oleh kerana sifat tamak dan Aryan hanyalah calon back up boyfriend, dia meminta Dhifa  berlakon  sebagai dirinya.

Sayangnya Dhifa tidak pandai berlakon. Dia sepatutnya membawakan watak gadis penuh karisma dan manja seperti si kakak. Namun lakonan tersasar ke watak asal ala-ala tomboy. Mana tidaknya, Aryan membawanya menonton perlawanan bola sepak. Favourite oi!

Aryan bengang ditipu. Sumpah dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan si kembar itu walaupun sebenarnya hati Aryan sudah mulai sukakan Dhifa. Namun siapa sangka, mereka sepertinya berjodoh. Bekerja satu tempat kerja membolehkan Aryan semakin rapat dengan Dhifa walaupun sikap diktatornya menyakitkan hati Dhifa.

Dari  berkongsi tempat kerja, mereka berkahwin atas dasar tanggungjawab kepada baba Dhifa yang sakit. Ada cinta tertanam dalam hati mereka, namun dibiar sepi dek kerana fitnah. Dhifa terpaksa hadap semua sikap sinikal Aryan kerana ada hati yang perlu dijaga rapi. Hutang wang tidak terlunas apatah lagi hutang budi.

Namun kesabaran Dhifa lenyap bersama pemergian orang tuanya. Tiada hati yang perlu dijaga lagi. Dhifa menoktahkan hubungannya bersama Aryan…

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kunoktahkan Cinta Ini

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Anna Milia

  • Setelah Terlafaznya Akad
  • Akhiri Penantianku
  • Akhiri Penantianku
  • Andai Benar Milikku
  • Setelah Terlafaznya Akad 2