Karyaseni
Kintsukuroi Dua Hati Oleh Siti Hazneza Abdul Hamid
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kintsukuroi Dua Hati Oleh Siti Hazneza Abdul Hamid
Kintsukuroi Dua Hati karya Siti Hazneza Abdul Hamid mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Farihin. Melur itu sifatnya bersih dan suci. Cemar pada melur hanya menceritakan tentang noda pada tangan pemegangnya. Kelopak melur yang terusik hanya menggambarkan kurang cermatnya si pemegang. Panggilan daripada Natasha pada suatu malam mengejutkan Farihin. Telah
Sinopsis Novel Kintsukuroi Dua Hati
Melur itu sifatnya bersih dan suci. Ia tenang. Cemar pada melur hanya menceritakan tentang noda pada tangan pemegangnya. Kelopak melur yang terusik hanya menggambarkan kurang cermatnya si pemegang. Tidak ada salahnya pada si melur.
Panggilan daripada Natasha pada suatu malam mengejutkan Farihin. Telah lama gadis itu dijauhinya gara-gara patah hati. Ya, Natasha telah bertunang tanpa sempat dia meluahkan rasa.
Gadis itulah yang telah mengembalikan senyumnya sejak dia alami kemurungan kerana kehilangan Sakura dan ayahnya.
"Kau suka anak aku? Kau ambillah dia," - Encik Salim
Begitu mereka disatukan, bertitik tolak daripada amarah si bapa.
Farihin menerima Natasha tanpa syarat. Bagaimanapun jodoh mereka bertemu, takdir menjadikan Natasha sebagai isterinya.
"Saya cuba lintas jalan menuju ke Pusat Islam agar dilanggar kereta dan jika saya mati, orang akan kata saya mati dalam perjalanan ke Pusat Islam. Namun alhamdulillah saya tersedar apabila sudah nyaris dilanggar kereta... Jika semua orang kata saya mati dengan husnul khatimah, kesudahan yang baik... Allah tahu saya bunuh diri."
Jika Natasha tanpa sedar telah mengeluarkan dia dari lohong gelap jiwanya, Farihin dengan sedar mahu mengembalikan senyum, tawa dan cahaya dalam hidup Natasha.
Farihin tidak akan membiarkan Natasha seperti tembikar pecah yang dibiarkan tersadai di penjuru bilik. Dia akan memalam retak-retak hati Natasha dengan cinta dan kasihnya. Natasha akan menjadi tembikar anggun, tegak bermaruah menghiasi ruang paling utama hidup mereka.
"Sukidesu, daisukidesu - Natasha
"Saya suka awak, sayang sangat pada awak." - Farihin
"Soudesu ka?" - Natasha
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kintsukuroi Dua Hati
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Siti Hazneza Abdul Hamid
- Sonata Kasihku
- Cemburu Seorang Perempuan
- Angin Dingin Dari Utara
- Mimpi Kita Serupa