• 8122
  • 8329
1

Suara Hati Publication

Kekasih Tulip Oleh Miz Amaryllis

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kekasih Tulip Oleh Miz Amaryllis

Kekasih Tulip karya Miz Amaryllis membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Zafril. Kiriman jambangan bunga tulip daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Kekasih Tulip telah membuatkan seluruh hidup Juliana diselubungi teka-teki. Sudilah terima jambangan tulip ini. Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu satu hari nanti. Zafril… abang

Sinopsis Novel Kekasih Tulip

Kiriman jambangan bunga tulip daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Kekasih Tulip telah membuatkan seluruh hidup Juliana diselubungi teka-teki.

Sudilah terima jambangan tulip ini. Jika diizinkan Tuhan, kita akan bertemu satu hari nanti.

– Kekasih Tulip.

Zafril… abang kepada Zara, kawan baik Juliana pula mendesak Juliana agar bertemu dengan Ray yang sedang terlantar koma di hospital.

“Kenapa kau nak sangat aku jumpa dia?” - Juliana.

“Kau akan tahu juga nanti siapa Ray.” - Zafril.

Perasaan cinta Juliana pada Zafril terpaksa dikuburkan. Dia sedar, dia bukanlah pilihan Zafril walaupun Puan Suwaibah, ibu Zafril begitu menginginkannya menjadi isteri kepada satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga itu.

“Maafkan aku. Aku tak suka kau. Aku dah beritahu mama yang aku dah ada calon sendiri.” –Zafril.

Belum reda dengan misteri siapa Kekasih Tulip dan bingung dengan desakan Zafril, timbul pula masalah lain. Seorang lelaki yang digelar Helmi sering muncul di depan Juliana.

“I just need someone to talk….” – Helmi.

Kehadiran lelaki-lelaki itu dalam hidup Juliana telah menyebabkan Juliana mula berteka-teki siapa sebenarnya Kekasih Tulip yang sentiasa mengirimkan jambangan bunga tulip kepadanya.

Dapatkah Juliana mengetahui siapa sebenarnya Kekasih Tulip? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zafril tentang Ray? Apakah pula kaitan Helmi dalam hidup Juliana?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kekasih Tulip

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Miz Amaryllis

  • Polaris
  • Road To Hati Awak
  • Awas, Kalau Dah Suka!
  • Dia Punching Bagku