• 5253
1

Penulisan2u

Jangan Hilangkan Dia Oleh Hazel Jay

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Jangan Hilangkan Dia Oleh Hazel Jay

Jangan Hilangkan Dia karya Hazel Jay membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Dosa. Tragedi tragis yang menimpa Qaireena empat tahun lalu telah ‘menghilangkan’ insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun kecederaan luaran yang dialami Qaireena tidak parah, namun kecederaan dalaman yang dia alami ketika itu terlalu serius. Qaireena

Sinopsis Novel Jangan Hilangkan Dia

Tragedi tragis yang menimpa Qaireena empat tahun lalu telah ‘menghilangkan’ insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun kecederaan luaran yang dialami Qaireena tidak parah, namun kecederaan dalaman yang dia alami ketika itu terlalu serius.

“Bangun sayang, dah masuk waktu subuh ni.”

“Kau siapa?”

“Saya suami awak, sayang...”

Suami? Ya, suami. Qaireena sering kali didatangi mimpi yang sama. Bermimpikan seorang lelaki yang tidak berwajah! Aneh tapi itulah yang berlaku dalam mimpi itu. Setiap kali bermimpikan lelaki tanpa wajah itu, hanya seorang yang terlintas dalam fikirannya. Dhafir!

Dhafir, ‘si tauke kain’ itu benar-benar buat hidup Qaireena huru-hara. Sejak kemunculan lelaki itu, hidup Qaireena seperti berpusing 360 darjah! Dalam rasa benci dengan sikap menjengkelkan Dhafir, Qaireena tetap menerima syarat gila lagi merepek lelaki itu yang mahu membantunya membuka butik tudungnya sendiri di Malaysia.

Namun bagi Dhafir, semua syarat itu hanyalah sebagai alasan untuk dia kembali bersama cinta hatinya.

“Saya tak suka awak duk berkepit dengan lelaki lain. Walaupun perkahwinan kita ni berlaku atas dasar nak cukupkan syarat, awak tetap isteri saya yang sah. Dosa awak tetap tergalas di bahu kiri saya ni. Awak duk pegang lelaki lain, dosanya bukan pada awak tau? Pada saya.” - Dhafir

“Awak fikir dosa saya. Tapi dosa awak duk berkepit dan berkasih sayang dengan perempuan lain boleh pula? Ya, saya tahu lelaki boleh kahwin empat. Tapi tak semua perempuan sanggup berkongsi.” - Qaireena

“Azra yang awak maksudkan? Saya dengan dia kawan ajelah. Tak lebih dari tu. Tak perlu nak fikir bukan-bukan.” - Dhafir

“Eleh, kawan konon. Kalau kawan, takkanlah perempuan tu dengan beraninya buat pengakuan depan saya yang dia tu kekasih awak?” - Qaireena

Sudah bermacam-macam cara yang Dhafir lakukan untuk memenangi hati isterinya itu. Namun segala usahanya sia-sia apabila Qaireena mendapat tahu bahawa isi perjanjian kontrak perkahwinan mereka hanyalah lirik lagu sahaja. Lebih mengejutkan lagi apabila apa yang telah hilang empat tahun lalu kembali semula menyapa hidup Qaireena.

Mampukah Dhafir terus mempertahankan ikatan perkahwinannya dengan Qaireena selepas semuanya terbongkar? Bolehkah Qaireena menerima Dhadir semula selepas dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Jangan Hilangkan Dia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Hazel Jay

  • Encik Suamiku Hipster