Anggun Melur
I Love You Stupid Extended Version 1 Oleh Melur Jelita
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis I Love You Stupid Extended Version 1 Oleh Melur Jelita
KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.
Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.
Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!
"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!"
IRIS
"Kesalahan keempat cuba mengoda polis.
Kesalahan kelima, menghina kerja polis,
Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.."
INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT!
Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN
Abang pedas sudah hilang, hidupku sunyi. Tiada lagi hiburan.
Dari pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aku bertukar kepada pembunuh lanun tanpa ampun!
Gara-gara dia! Ya, dia. FIRMAN the lanun! Mulutnya ya rabbi! Ufff pedas pijar!
Di Kemboja, aku dihadiahkan seorang bodyguard yang serabut serabai bagai roti kirai! Persis seorang lelaki tua gelandangan yang tidur di atas kotak. Nak melalak aku! Teruk betul taste papa! Langsung yidak memahami jiwa seorang anak. Tiada yang handsome sikit ke?
Dia lupa ke siapa aku? Seorang SUKSIS yang bersemangat kental. Salah satu produk Polis Diraja Malaysia yang paling berjaya! Setakat lanun selebet seperti dia, aku sesah tanpa ampun!
Demi misi, aku terpaksa bersabar. Dan aku berdoa kesabaranku tidak menipis. Jika tidak, pasti kami berbunuhan!
Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan antara wanita berjiwa bebas dengan lelaki berpersonaliti tegas
- Konflik dan chemistry antara anggota polis, bodyguard serta wanita yang berani
- Pengembaraan dan misi di Kemboja
- Persahabatan, kemanusiaan dan kasih sayang dalam menghadapi kesunyian
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang gemarkan novel romantik komedi Melayu
- Peminat kisah cinta dengan watak lelaki tegas dan heroin berani
- Pembaca yang menikmati dialog lucu, bersahaja dan penuh usikan
- Peminat cerita pengembaraan, misi serta konflik antara watak
Maklumat Buku
- Penulis: Melur Jelita
- Penerbit: Anggun Melur
- ISBN: 9789671537220
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg