• 8406
1

Karyaseni

Dia Tiada Dua Oleh Wan Nur Najihah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dia Tiada Dua Oleh Wan Nur Najihah

Dia Tiada Dua karya Wan Nur Najihah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Fiya. Tetaplah berjanji untuk bersama selamanya… Indahnya percintaan apabila diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Biarpun banyak halangan, Lufiya dan Bazlan memaknakan hubungan mereka dengan hiasan bahagia dan sumpah setia. Sungguh, Bazlan bijak mengatur janji

Sinopsis Novel Dia Tiada Dua

Tetaplah berjanji untuk bersama selamanya…

Indahnya percintaan apabila diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Biarpun banyak halangan, Lufiya dan Bazlan memaknakan hubungan mereka dengan hiasan bahagia dan sumpah setia.

Namun, janji tinggal janji. Lufiya tertipu! Sungguh, Bazlan bijak mengatur janji palsu. Lelaki itu tersilap langkah. Dan malam itu menjadi saksi, mimpi ngeri menghancurkan kasih sayang mereka. Terlerai sudah mahligai cinta abadi.

“Kalau ada pisau kat tangan aku sekarang, aku akan bunuh kau, Bazlan!” - Lufiya
“Maafkan abang, sayang. Abang masih sayangkan Fiya.” - Bazlan

Pilu hati Lufiya membawa diri meratapi nasib. Kecewa, sakit dan rasa terhina tatkala memikul status janda. Namun kehadiran Zildan mengelirukannya. Adakah lelaki itu benar-benar menaruh perasaan terhadapnya sedangkan Bazlan tidak putus-putus memujuknya menebus kesalahan dan meraih kembali cinta?

“Saya dah lama cintakan awak, Lufiya. Berilah saya peluang. Saya janji akan buat awak bahagia.” – Zildan

Ah, lelaki semuanya sama! Suka berjanji. Kebahagiaan itu bukan mudah dicapai. Namun, Zildan gigih cuba merebut cintanya. Haruskah Lufiya menerima lelaki itu dalam hidupnya? Adakah masih ada ruang untuknya mengecapi mimpi indah? Dan Bazlan… Masihkah ada perasaan sayang terhadapnya? Lufiya benar-benar keliru…

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Dia Tiada Dua

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Wan Nur Najihah

  • Bila Hati Memilih Dia
  • Kerana Dia Manusia Biasa
  • Dia Janjikan Setia
  • Jadi Milik Dia
  • Dia Sebenarnya Cinta