• 8183
1

Fajar Pakeer

Cintai Aku Apa Adanya Oleh reeani Annur

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cintai Aku Apa Adanya Oleh reeani Annur

Kepakaran Dian tulis novel seram. Tapi suatu hari, editornya tiba-tiba suruh tulis novel cinta. Apa lagi, garu kepalalah sebab tak reti tulis pasal cinta. Dian pergi ke gimnasium untuk stalk lelaki badan tough. Manalah tahu lepas cuci mata dapat idea mencurah-curah. Malangnya, bukan idea yang dia dapat.

Tapi, bermulalah segala masalah…

“Hei, saya tak takutlah. Saya rasa menyampah. Menyampah dengan personal trainer annoying macam awak ni tau.” – DIAN

“Fatty, don’t worry, okay? Training dengan personal trainer annoying macam saya ni seronok tau. Awak takkan rasa nak cabut lari pun dari gim nanti.” – LUZNAN

Grrr! Dahlah kena paksa. Nama Dian pula suka-suka mamat muka serius tu tukar jadi Fatty. Perli ke? Taulah bodynya tak slim macam Miss Universe. Luznan pulak ada agenda. Dia nak pikat Dian. Walaupun Dian adalah kekasih sepupu sendiri, dia peduli apa. Kejam? Taklah. Hanif lebih kejam sebab curang dengan Dian. Jadi, tambah lagi satu plan. Selamatkan Dian daripada jadi mangsa playboy.

“Bagi saya nombor telefon awak.” - LUZNAN

“Hah?! Nak buat apa?” - DIAN

“Hobi saya kumpul nombor telefon orang.” – LUZNAN

Bermula detik itu, hampir setiap hari mereka berjumpa. Seronok bagi Luznan, meluat bagi Dian. Tapi, lama-lama rasa terpaksa berubah menjadi sukarela. Sangkanya, bercinta dengan Luznan mudah. Rupa-rupanya payah. Ada saja yang kacau daun. Dengan Hanif yang tak tahu malu, nak pikat kembali Dian. Dengan Katrina yang menggesel-gesel macam kucing Parsi. Susah sangatkah nak bahagia tanpa virus-virus pengacau ni? Teguhkah rasa yang sudah menjentik hati mereka apabila ada saja yang memujuk rayu?

Siapa pun yang akan membuatmu bahagia… hargailah dia. Siapa pun yang membuatmu terluka… tinggalkanlah dia, kerana untuk mencari cinta yang hakiki… perlulah terima dia apa adanya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan yang berkembang daripada konflik dan salah faham
  • Penerimaan diri serta mencintai seseorang seadanya
  • Pengkhianatan, kecurangan dan usaha menyelamatkan diri daripada hubungan toksik
  • Cinta tiga segi dan gangguan pihak ketiga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu berunsur komedi
  • Peminat kisah cinta benci tetapi rindu dan konflik antara pasangan
  • Pembaca yang menyukai tema cinta tiga segi serta perebutan hati
  • Pembaca yang berminat dengan kisah bangkit selepas dikhianati pasangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Reeani Annur
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220552
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan