Suara Hati Publication
Cinta Untuk Kekasih Hati Oleh Ateen Khalid
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cinta Untuk Kekasih Hati Oleh Ateen Khalid
Cinta Untuk Kekasih Hati karya Ateen Khalid membawa pembaca menyelami kehidupan golongan bangsawan yang penuh cabaran dan emosi. Kisah ini berpusat pada Tyara Ailana. Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu. Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku
Sinopsis Novel Cinta Untuk Kekasih Hati
Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu.
Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung… dia terima.
Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.
“Jadi, awak takde kekasih? Tunang? Isteri?” – Tyara Ailana
“Saya mana ada marka. Eh… kekasih. Tak sempat nak cari. Sibuk. Kekasih pun tak ada takkan tiba-tiba nak ada bini pulak.” – Luthfi Alzidan
Tengku Firas hanya tahu mengarah. Tapi… yang melindungi, yang buat Tyara rasa selamat, yang berada dengannya ketika dia takut, yang buat dia ketawa… Luthfi Alzidan.
Mengenali Luth membuatkan Tyara menjadi berani. Berani untuk keluar dari kehidupannya yang sebelum ini dan mencari bahagia yang diimpikan. Dia ingin hidup… seperti orang lain. Hinggalah tiba ke satu tahap, Tyara sanggup tinggalkan semuanya hanya untuk memiliki cinta Luth. Namun, Luth menolak.
Untuk mendapatkan cinta dan bahagia yang diinginkan, bukanlah mudah. Bila disangkakan semuanya telah selesai, suatu musibah telah merenggut kejam kebahagiaan Luth dan Tyara. Buat pertama kali, Luth yang sentiasa melindungi menjadi lemah. Tyara pula diserang dengan rasa bersalah.
Kerana ada harga yang perlu dibayar kerana mencintai dia....
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Cinta Untuk Kekasih Hati
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Ateen Khalid
- Promise
- Alamak, Tersuka La Pulak!
- Tolong Jagakan Dia
- Heartless
- Betul! Suami Aku Pelakon