• 6369
  • 8321
1

Suara Hati Publication

Bunga Aurelia Oleh Fara Hana

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bunga Aurelia Oleh Fara Hana

Bunga Aurelia karya Fara Hana membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Bunga Aurelia. Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan ‘tersadai’ di lorong gelap dan kotor ini, meniti hari mendatang yang penuh kesulitan. Hadirnya Benjamin memberinya sinar harapan. Kemewahan yang diberi bukan sedikit, kasih sayang yang ditabur bukan

Sinopsis Novel Bunga Aurelia

Bunga Aurelia - Gelandangan? Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan ‘tersadai’ di lorong gelap dan kotor ini, meniti hari mendatang yang penuh kesulitan. Hadirnya Benjamin memberinya sinar harapan. Kemewahan yang diberi bukan sedikit, kasih sayang yang ditabur bukan sementara. Benjamin dunianya kini. Lelaki itu adalah segala-galanya.

Benjamin - Dalam diri Bunga ada Benjamin yang silam… Benjamin yang bukan siapa-siapa. Dia tahu apa yang Bunga rasakan. Dia mengerti apa yang Bunga mahukan.

“Aku faham apa yang ada dalam hati dan jiwa kau sebab aku pernah berada di tempat kau. Bezanya… aku lelaki dan kau perempuan. Kalau aku yang lelaki pun rasa sengsara, kau tentu lebih sengsara dari aku.” - Benjamin

Hardy Mikail - Bunga Aurelia, sebaris nama yang menjadikan dia penasaran sendiri. Gadis itu bukan sembarangan gadis.

“Kau jangan lantang sangat nak tegakkan benang yang basah. Berapa kali aku nak cakap, bukan sebab rupa. Tapi, sebab kau tipu aku. Kau tipu aku! Faham tak?! Aku paling benci orang tipu aku!” – Hardy Mikail.

“Ben, kau ingat kahwin adalah sebahagian dari kemahuan aku? Apa yang aku mahukan hanya kau dan hidup kita yang dulu, Ben. Aku ada kau dan kau ada aku. Tapi, aku silap. Kau dah terlebih bersedia untuk tinggalkan aku.” – Bunga Aurelia.

Bukan cinta tiga segi namun, kasih sayang yang terjalin sering disalahertikan. Bagi Bunga, Benjamin adalah nafasnya dan bagi Benjamin pula… Bunga adalah denyut nadinya. Namun, takdir tidak mungkin menyebelahi mereka. Yang sesat akan selalu sesat atau… mungkinkah ada cahaya yang bakal menyinari?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Bunga Aurelia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Fara Hana

  • Ratu Di Hati Beast
  • Pilihan Hati Mr Millionaire
  • Sweet Revenge
  • Jelita
  • My Devil Husband