• 3801
1

Penulisan2u

Bersatu Selamanya Oleh Royal Keoss

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bersatu Selamanya Oleh Royal Keoss

Bersatu Selamanya karya Royal Keoss menampilkan kisah perjodohan yang diatur keluarga serta cabaran yang muncul selepas penyatuan tersebut. Kisah ini berpusat pada Fazira. Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna. Cukup untuk membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara langsung tidak mengendahkan kehadiran si

Sinopsis Novel Bersatu Selamanya

Pertemuan pertama antara FAZRI dan FAZIRA terus memberi kesan dan terpahat kukuh dalam hati si teruna.

Cukup untuk membuatkan si teruna menanam tekad untuk menyunting si dara menjadi suri dalam hatinya walaupun si dara langsung tidak mengendahkan kehadiran si teruna.Namun bagi Fazira, kehadiran insan bergelar lelaki itu cuba dihindari walaupun hati mula menerima lelaki itu.

Namun, jika sudah jodoh, Fazira tidak mampu menolaknya. Atas restu keluarga, mereka dijodohkan walaupun Fazira memberi seribu alasan agar lelaki tersebut tidak memilihnya sebagai isteri.

“Saya mahu perkahwinan kita... diteruskan. Kita tetap akan berkahwin.” - FAZRI

“Jangan mengarut… Awak dah lupa dengan apa yang pernah saya katakan pada hari tu? Awak tak takut menyesal lepas berkahwin dengan perempuan seperti saya?!” – FAZIRA

“Saya akan lebih menyesal kalau lepaskan awak pergi!” – FAZRI

Akhirnya, bahtera yang dibina tetap bersulam bahagia. Namun tidak sangka perkahwinan mereka benar-benar diuji dengan bermacam dugaan. Kemunculan orang ketiga umpama asid beracun, mengikis rasa cinta dan kepercayaan Fazira terhadap Fazri. Ditambah pula rahsia hitam yang cukup perit untuk diluahkan kepada Fazri.

“Macam mana nak pakai kalau bentuk badan tu hilang nanti? Helo?! Dah lama berkahwin, takkanlah tak faham-faham lagi. I’m sure bentuk badan tu hilang lepas your wife mengandung.” – ERIN

Sampai ke satu saat, berlaku satu insiden yang tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana wanita termasuklah Fazira. Disebabkan rasa kecewa yang tidak mampu dibendung, dia membawa diri dengan membawa hati yang lara. Dia reda andai itu yang terbaik bagi dirinya.

Bagi Fazri pula, kehilangan Fazira umpama kehilangan nyawa sendiri. Tekadnya cuma satu, membawa pulang isteri tercinta dan  kembalikan cahaya cinta dalam rumah tangganya.

Berjayakah Fazri? Dan apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Fazira?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Bersatu Selamanya

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.