• 9296
1

Fajar Pakeer

Apartment Oleh Siti Rozilah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Apartment Oleh Siti Rozilah

Apartment karya Siti Rozilah membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Akashah. Antara ilusi dan realiti, terciptanya halusinasi yang membadai mimpi ngeri yang tidak terjangkau dek akal. Itulah jiwa seorang manusia bernama Akashah. Dia jatuh cinta dengan Maya perempuan penghidap skizofrenia. Tiada sedikit pun rasa terkilan di hati

Sinopsis Novel Apartment

Antara ilusi dan realiti, terciptanya halusinasi yang membadai mimpi ngeri yang tidak terjangkau dek akal. Itulah jiwa seorang manusia bernama Akashah.

Dia jatuh cinta dengan Maya perempuan penghidap skizofrenia. Tiada sedikit pun rasa terkilan di hati Akashah kerana beristerikan wanita itu. Kehadiran Aiman menambahkan kebahagian mereka. Mendiami apartmen sendiri, menjadikan hidup semakin indah.

“Biasalah kalau tinggal kat apartmen macam ni. Waktu siang, semua

penghuninya keluar bekerja. Waktu malam pula mereka berkurung dalam rumah,

berehat.” – AKASHAH

Dalam diam, penyakit Maya semakin memamah dirinya. Maya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk kekal waras. Emosinya mudah terganggu, sensitif serta mempunyai sifat cemburu melampau.

“Kesian kau, Maya. Kau terperap sepanjang hari kat rumah ini sedangkan suami kau bebas di luar sana!” – MAYA

Akashah pula sering digasak mimpi dan bayangan yang isteri serta anaknya terjun dari tingkat atas apartmen blok sebelah. Mimpi sama yang berulang-ulang itu mengganggu perasaannya.

Kemunculan gadis bernama Miera yang mempunyai mata tak berhijab, menjentik hati Akashah.

“Perlukah aku beritahu dia tentang syaitan yang sedang memperkudakannya itu? Kalau aku beritahu, agak-agaknya dia percaya tak?” – MIERA.

Apartmen itu bernyawa. Ia seperti mencabar kewarasan Akashah.

Perlukah dia keluar dari situ sedangkan kediaman itu yang didambakan Maya?

Siapa pula Hasnita dan Miera yang muncul tiba-tiba?

“Dah lama saya menjadi penunggu bangunan ini.” – HASNITA

Akan terjawabkah mimpi yang sering mengusik lenanya?

Di alam sedar dia mencipta kenangan, namun hakikatnya dia terbunuh bersama semangat yang bernyawa.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Apartment

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Siti Rozilah

  • Antara Dua Persimpangan
  • Biarkan Aku Sendiri
  • Please... Jangan ‘Tackle’ Aku
  • Penunggu
  • Arca Di Cermin