• 7789
1

Karyaseni

Andai Prejudis Itu Oleh Maya Iris

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Andai Prejudis Itu Oleh Maya Iris

Andai Prejudis Itu karya Maya Iris membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Lana Karisma. LANA KARISMA… Seorang gadis yang dianugerahkan dengan rupa yang cantik. Sesiapa yang terpandang, pasti tertarik. Ke mana sahaja dia pergi, dia pasti menjadi tumpuan. Namun kalau ada yang suka, tentu ada orang benci. Tentu ada yang sanggup melakukan apa saja

Sinopsis Novel Andai Prejudis Itu

LANA KARISMA… Seorang gadis yang dianugerahkan dengan rupa yang cantik. Sesiapa yang terpandang, pasti tertarik. Ke mana sahaja dia pergi, dia pasti menjadi tumpuan. Namun kalau ada yang suka, tentu ada orang benci. Tentu ada yang sanggup melakukan apa saja demi meragut anugerah itu.

“Lana tak nak hidup dengan muka macam ini!” – LANA KARISMA

FAZLEY… Dia lelaki biasa-biasa saja. Tapi dia mahu menjadi luar biasa. Pertemuan pertama dengan Lana Karisma bagaikan berada di tengah-tengah ribut taufan. Setiap perbuatannya menjengkelkan gadis itu. Namun, cinta lelaki itu sampai mati. Bantuan dihulurkan ketika Lana Karisma menghadapi saat-saat getir kehilangan identiti.

“Wajah kau yang dulu dah terpahat dalam minda. Jadi, wajah itulah yang aku nampak sekarang.” – FAZLEY

ALI IMRAN… Nama itu adalah surah ketiga dalam al-Quran. Tapi, Ali Imran sendiri tidak pernah membaca kitab suci sehingga sampai ke surah itu. Hidup selama 34 tahun di Boston, dia sudah menganggap Amerika Syarikat negaranya. Dia mahu melupakan asal usulnya, sehinggalah dia bertemu dengan Lana Karisma, seorang niqabis dari Malaysia.

“Awak tahu tak yang bandar ini kuat dengan Islamophobia? Sasaran mereka ialah orang yang berpakaian macam awak.” – ALI IMRAN

Karisma mengharapkan imej baharunya itu mampu menghindarkan dirinya daripada menjadi bahan cacian. Sebaliknya, imej itulah punca dia menjadi mangsa prejudis. Imran yang disangkakan anti-Islam itu pula yang menjadi penyelamat Karisma.

Apabila seorang aktivis anti-Islam dilantik menjadi senator bandar itu, gerakan pemutihan bangsa asing semakin menjadi-jadi. Musibah menimpa keluarga Imran. Bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu, Imran menemui damai di dalam sepasang mata milik Karisma.

Di sana menanti, di sini berharap. Imran mahu memiliki Karisma, manakala Fazley tidak mahu melepaskannya.

Jarak akan memusnahkan kita – LANA KARISMA

She’s off limit to everyone. She’s mine – ALI IMRAN

Aku bukan nak upah. Aku nak kau! – FAZLEY

Di celah-celah kemelut cinta tiga segi, kepedihan yang pernah Karisma alami dahulu mengekori ke mana sahaja dia pergi. Kali ini dia bangkit dan melawan. Dia ada perhitungan yang perlu diselesaikan. Perhitungan yang bakal menjawab persoalan, andai prejudis itu…

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Andai Prejudis Itu

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Maya Iris

  • Dominan itu Dia
  • Fugitif
  • Curahan Cinta Niagara
  • Mahar Cinta Cinderella
  • Konspirasi Suami