• 4722
1

Kaki Novel

Ego Langit Ketujuh

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ego Langit Ketujuh

Qiesya Qistina, gadis berusia dua puluh tahun yang tidak pernah serius dalam hidupnya dipaksa untuk menyambung pengajian di sebuah universiti atas pilihan orang tuanya sendiri. Di situ, dia mula tertarik dengan seorang pensyarah muda yang bijak dan berkarisma… Sir Hazran.

Namun, perangai Qiesya yang selalu bermain di dalam kelas sering kali mengundang kemarahan Sir Hazran dan Miss Alia. Qiesya mula tidak senang hati apabila mendapat tahu Miss Alia turut menaruh hati terhadap lelaki pujaan hatinya tu. Dan dia semakin resah apabila Sir Hazran meletakkan jawatan untuk mengambil alih syarikat ayahnya. Namun, kerana egonya yang tinggi melangit, Qiesya berpura-pura seolah-olah semua itu tidak terkesan di hatinya.

Dapatkah seorang gadis yang sentiasa bertuankan egonya kecapi bahagia? Bagaimana reaksi Qiesya apabila mengetahui siapa Sir Hazran yang sebenarnya? Sanggupkah Qiesya merendahkan egonya semata-mata kerana seorang lelaki?

Antara cinta di hati dan ego yang menguasai diri, yang mana dia turutkan?

“Bila ego itu kau pegang terlalu kuat… sampai satu saat kau akan lemas!”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara pelajar universiti dengan pensyarah muda
  • Konflik ego dan kesukaran meluahkan perasaan
  • Cinta tiga segi, cemburu dan persaingan
  • Tekanan keluarga dalam menentukan hala tuju pendidikan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca remaja dan dewasa muda
  • Peminat novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta di alam universiti
  • Peminat watak utama perempuan yang ego tetapi mengalami perkembangan diri

Maklumat Buku

  • Penulis: Aesya Azahar
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789670874210
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan