Ilham Persona
My Wedding Agreement Oleh Ainune Najiehah Samsuri
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis My Wedding Agreement Oleh Ainune Najiehah Samsuri
CINTA abadi sangat diharapkan oleh setiap insan. Kebahagiaan dalam berumah tangga merupakan impian yang harus dicapai. Tetapi semua itu tidak diperolehi Aina. Hidup Aina bagaikan di dalam neraka. Setiap hari Aina dijamu penampar, penumbuk dan penendang Nazri.
“Jika diberi pilihan sama ada memilih kau atau pisau. Aku akan memilih pisau. Kemudian, pisau itu akan kupacak ke dadamu kerana rasa sayang sudah tidak mengalir lagi di dalam diriku.” NAZRI
Aina terpaksa juga mengharungi neraka itu disebabkan perjanjian perkahwinan yang telah dimeterai secara rahsia dengan Nazri. Perjanjian perkahwinan antara Aina dan Nazri wujud kerana kisah silam mereka berdua yang penuh kegelapan.
“Walaupun kita telah menemui cinta baharu, memori manis masa lalu akan terus memburu kita sepanjang hayat.” AINA
Pengalaman Aina bersama Faiz benar-benar mengusik jiwa. Faiz merupakan putera sempurna. Dia memberikan cinta dan kasih sayang yang sangat luar biasa kepada Aina. Namun, itu semua hanya tinggal sejarah.
“Muzik boleh berhenti. Tetapi hati saya tidak. Hati saya akan terus memainkan sebuah lagu, lagu itu berjudul ‘cinta sejati'.” FAIZ
Seorang mualaf hadir dalam diri Aina. Mualaf yang bernama Daniel itu bagaikan si penyelamat. Daniel sanggup menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan Aina daripada terus menjadi mangsa Nazri. Semua itu dilakukan Daniel disebabkan rasa sayang yang mendalam. Tetapi, rasa sayang itu tidak dapat dicurahkan kerana Aina masih lagi berstatus isteri orang.
“Cinta membuatkan kita lebih bodoh dari kalangan yang bodoh. Kebodohan kita itu akhirnya menuju kemusnahan. Tetapi masih ada jalan untuk keluar dari kebodohan itu bagi mengelak kemusnahan berlaku.” DANIEL
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan berasaskan perjanjian dan rahsia masa lalu
- Keganasan rumah tangga serta kesannya terhadap mangsa
- Trauma, penyesalan dan kenangan cinta silam
- Konflik cinta segi tiga dan pilihan hati
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik dan drama rumah tangga
- Pembaca yang gemar kisah cinta penuh konflik dan emosi
- Pembaca yang berminat dengan tema keganasan rumah tangga serta kekuatan wanita
- Pembaca yang menyukai kisah cinta lama, cinta baharu dan peluang kedua
Maklumat Buku
- Penulis: Ainune Najiehah Samsuri
- Penerbit: Ilham Persona
- ISBN: 9789671253335
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg