Idea Kreatif
Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Mi Veneno Vol. 2 Oleh Hudanajwa
Dua jiwa yang hidup di dalam satu tubuh, Tengku Aaydan Ruiz atau nama gelarannya ACE. Aura membunuh dan sikap dingin melebihi bapanya telah membuatkan dia sangat ditakuti oleh semua orang.
Tengku Aadyan mempunyai personaliti yang lebih pendiam dan penyabar tetapi ACE pula mempunyai personaliti yang berlawanan. Orang yang sama tapi mempunyai dua personaliti berbeza. Hanya satu persamaan mereka, bencikan pengkhianatan.
Thea Radea yang semakin menjadi-jadi dan Tengku Aadyan pula yang terlalu berlembut dengan isterinya, membuatkan Ace muncul untuk memberi pengajaran kepada wanita itu.
“Dia tinggikan suara pada aku. Dia benci aku, Nisa.” – Thea Radea.
“He's Ace, Thea. Not Aadyan. Dia macam kifarah buat kau. Dan hanya akan keluar apabila Aadyan betul-betul terluka atau give up.” - Tengku Dennisa
Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan keselesaan dan kesenangannya membuatkan Thea menjadi seorang yang narsistik. Akibat dari sikap yang terlalu dimanjakan oleh keluarganya membuatkan Thea merasa dirinya sentiasa betul dan sombong dengan apa yang dia ada.
Kehadiran Ace menakutkan Thea. Tiada lagi suami yang sentiasa berlembut dengannya, yang ada hanyalah suami yang dingin dan sentiasa sinis apabila berbicara.
"Abang, boleh tak bagi Thea peluang untuk tebus balik semua kesalahan Thea?" - Thea Radea
"Tak tercalar ke maruah kau merayu kepada lelaki tak guna macam aku ni? Lelaki yang kau katakan pembawa sial, jantan dayus, pembawa anak haram dan macam-macam lagi." – ACE
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Personaliti berganda dan konflik identiti Tengku Aadyan Ruiz sebagai Aadyan dan ACE.
- Konflik rumah tangga antara Aadyan dan Thea Radea.
- Kesan sikap narsistik, ego dan terlalu dimanjakan terhadap hubungan.
- Pengkhianatan, luka emosi dan kebencian dalam perkahwinan.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu dengan konflik perkahwinan.
- Pembaca yang gemarkan watak lelaki dingin, tegas dan berpersonaliti misteri.
- Peminat kisah personaliti berganda serta konflik psikologi.
- Pembaca yang suka tema pengkhianatan, penyesalan dan peluang kedua.
Maklumat Buku
- Penulis: Hudanajwa
- Penerbit: Idea Kreatif
- ISBN: BBO-6740
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg