• 8132
1

Suara Hati Publication

Janjikan Aku Bahagia Oleh Daisy Zahra

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Janjikan Aku Bahagia Oleh Daisy Zahra

Nadira tidak pernah menyangka, rumah tangga yang dibina bersama-sama dengan Khairy atas nama cinta, akhirnya roboh begitu saja.

“Abang tetap dengan keputusan abang nak ambik dia jadi isteri?” – Nadira

Bila Khairy tetap dengan keputusannya demi kesenangan hidup, Nadira minta dilepaskan untuk mencari bahagianya sendiri. Sungguh, dia tidak sanggup berkongsi kasih.

Gara-gara nasi lemak Nadira yang pernah dia jamah ketika berada di kampung Rafiq, Elman jadi tidak tentu arah. Selepas itu dia rasa kasihan pula kepada Nadira yang memegang status janda. Entah bila dia mula suka kepada gadis itu, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia ingin melindungi Nadira. Daripada siapa? Daripada Khairy yang tiba-tiba inginkan bekas isterinya kembali. Tambahan pula, lelaki itu sudah mempunyai Elina.

“Tapi, saya tak cintakan Encik El.” – Nadira

“Saya akan jaga awak dan mak awak. Saya tak boleh janjikan bulan bintang untuk awak tapi, saya boleh janjikan awak bahagia kalau awak sudi jadi isteri saya.” - Elman

Nadira bersetuju membina rumah tangga dengan Elman biarpun kali ini tanpa cinta. Adanya Elman yang melindungi dirinya, juga sabar menanti cintanya membuatkan Nadira kian terpaut pada si suami.

Tapi, Khairy masih tidak dapat melupakan Nadira dan ingin menagih semula cinta Nadira walaupun sudah beristerikan Elina.

“Tolonglah sayang... Dira tak kesiankan abang ke?” – Khairy

Dapatkah rumah tangga Elman dan Nadira bertahan? Siapa yang boleh menjanjikan kebahagiaan Nadira? Elman atau Khairy?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Keruntuhan rumah tangga akibat pengkhianatan dan pilihan hidup
  • Perceraian serta kehidupan sebagai janda
  • Perkahwinan tanpa cinta dan proses membina kasih sayang
  • Cinta kedua serta perlindungan dalam rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dan kisah rumah tangga
  • Pembaca yang tertarik dengan tema perceraian dan peluang kedua
  • Peminat kisah perkahwinan tanpa cinta yang berkembang menjadi kasih sayang
  • Pembaca yang suka konflik cinta tiga segi dan bekas kekasih

Maklumat Buku

  • Penulis: Daisy Zahra
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789671675939
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan