• 8400
  • 8399
1

Suara Hati Publication

Dian Sufian Takdir Buat Kita Oleh Azieana

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dian Sufian Takdir Buat Kita Oleh Azieana

Kerana berebutkan sebungkus Kotex, Dian dan Sufian dipertemukan.

“Saya nak benda ni.”- Dian.

“Tolonglah. Benda ni pun hanya ada satu aje. Saya sanggup bayar double atau triple.” -Sufian

“Okey, awak ambil. Balik nanti, awak pakai elok-elok ya.”- Dian

Pertemuan mereka tidak terhenti di situ saja. Ternyata Sufian adalah bos baru di tempat kerja Dian. Lelaki yang mempunyai seorang anak perempuan itu tidak segan menujukkan minatnya terhadap Dian. Namun, sedaya upaya Dian menolak kerana dia tidak mahu kecewa lagi.

Hidup Dian mula tidak aman apabila Syafiq, bekas kekasihnya tiba-tiba muncul selepas berbelas-belas tahun berlalu hanya untuk menyambung kembali hubungan mereka.

“Saya tak pernah lupakan awak. Tak pernah lupakan semua kenangan yang pernah kita alami bersama. Saya masih sayangkan awak. Masih cintakan awak, Dian.”- Syafiq.

Walaupun ditolak oleh Dian namun, Syafiq enggan mengalah sedangkan dia sudah pun menikahi Erina.

Sufian yang tidak senang dengan kemunculan Syafiq telah menghantar rombongan meminang untuk Dian dan akhirnya mereka disatukan. Layanan dan perhatian Sufian membuatkan Dian benar-benar bahagia. Mereka sama-sama menganyam cinta walaupun mereka lambat berjodoh.

Tetapi, Syafiq dan Erina tetap mengganggu ketenangan Dian. Syafiq dengan hasratnya, Erina pula dengan rasa tidak puas hatinya terhadap Dian. Dia masih rasa tergugat dengan Dian kerana menyedari Syafiq masih berusaha mendapatkan Dian walaupun mereka telah lama berpisah.

Kewujudan Mira, adik tiri Dian yang sentiasa cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Dian benar-benar membuatkan Dian tak selesa. Malah, Mira berniat untuk merampas Sufian daripadanya.

Hubungan Dian dan Sufian mula goyah dengan kemunculan Faziera yang tak pernah jemu mendapatkan perhatian Sufian biarpun Sufian tidak pernah melayannya. Namun, Faziera nekad untuk memiliki Sufian walau dengan apa cara sekalipun.

“Ziera sanggup bermadu.”- Faziera.

Berjayakah Sufian dan Dian mempertahankan rumah tangga mereka saat ada insan yang cuba merobohkannya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan jodoh yang hadir tanpa diduga
  • Konflik cinta lama dan kemunculan bekas kekasih
  • Cabaran mempertahankan rumah tangga
  • Gangguan orang ketiga dan perebutan pasangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang gemar kisah cinta selepas kecewa
  • Pembaca yang menyukai tema perkahwinan dan rumah tangga
  • Pembaca yang meminati konflik orang ketiga dan cinta bersegi

Maklumat Buku

  • Penulis: Azieana
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300458
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan