• 4570
1

Lovenovel

Jangan Ganggu Buah Hatiku

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Jangan Ganggu Buah Hatiku

Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya?

“Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan… saya sanggup gila sepanjang hayat.”- Irsyad Rifqi

Keadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi.  Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri?

“Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada.” – Irsyad Rifqi

Tambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan.

“... Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!” – Aish Mirza

Bila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi?

“A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!” – Irsyad Rifqi

“Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang...” – Aish Mirza

Berjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan dan konflik cinta tiga segi antara Samirah, Irsyad Rifqi dan Aish Mirza.
  • Usaha menyatukan semula keluarga yang berpecah serta memujuk ibu bapa untuk rujuk.
  • Konflik hubungan apabila kekasih ibu merupakan abang kepada lelaki yang dicintai.
  • Perubahan sikap daripada bermusuhan kepada mengambil berat dan menyayangi.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang gemarkan novel romantik Bahasa Melayu.
  • Peminat kisah cinta tiga segi dan perebutan hati.
  • Pembaca yang suka tema enemiestolovers serta perubahan hubungan.
  • Peminat cerita keluarga, perceraian dan usaha menyatukan ibu bapa.

Maklumat Buku

  • Penulis: Isma Adeliya
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789670907123
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan