• 9685
1

Idea Kreatif

Mencari Sempurna Oleh Ella Affandy

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mencari Sempurna Oleh Ella Affandy

Nyaris berkahwin dengan suami orang buatkan Noura didesak si abang untuk hadiri blind date. Konon untuk menutup aib keluarga. Konon supaya dia tak buat hal lagi.

Demi si ibu, Noura ikutkan saja kemahuan si abang.

“I tahu nama you. I datang sebab nama you juga.” - Harraz

“You ni betul ke blind date I.” - Noura

Rupanya, blind date yang diatur itu adalah Harraz, lelaki yang sering Noura jumpa di dalam kafe dan di lif bangunan pejabat tempat dia bekerja.

Bertentang mata dan berada dekat dengan Harraz buatkan hati Noura jadi huru hara.

“Jangan jatuh cinta dengan I, Noura.” - Harraz

Namun kata-kata telah musnahkan rama-rama yang mengepak riang di perut Noura. Memang betul-betul anti klimaks!

Pun begitu, pertemuan itu bukanlah yang terakhir buat mereka. Dalam diam, ada rasa indah mula menghuni hati masing-masing.

“Bukan setakat 500 ringgit, Noura. Demi maruah you, I sanggup jadikan nyawa I sebagai galang ganti.” - Harraz

“Murah sangat ke nilai I di mata you?” - Noura

“Nilai you terlalu tinggi, Noura. Tapi untuk lelaki macam Haris, itu dah cukup untuk I halau dia daripada life you.” - Harraz

Siapa sangka, bahagia mereka hanya seketika. Baru menyulam bahagia, badai datang menyapu segala impian.

Bertahun terpisah, Noura bertemu kembali dengan Harraz di Jepun. Namun, apa yang terlihat oleh mata Noura sangat menyakitkan. Hatinya retak seribu.

“Kehidupan memang begitu, Noura. Seseorang datang dan pergi, itu lumrah.” - Harraz

“Sama macam you tinggalkan I ketika I tak sedarkan diri dan you bina keluarga sendiri tanpa rasa bersalah.” - Noura

Benarkah wanita dan si anak kecil yang Noura lihat bersama Harraz adalah keluarga milik lelaki itu?

Sebenarnya, dia dan Harraz terpisah atau dipisahkan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang bermula daripada blind date dan pertemuan tidak disengajakan
  • Konflik jodoh, maruah keluarga dan tekanan daripada orang terdekat
  • Hubungan cinta yang terhalang serta perpisahan yang menyakitkan
  • Salah faham, rahsia masa lalu dan persoalan tentang keluarga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang suka kisah blind date dan jodoh terancang
  • Pembaca yang tertarik dengan tema cinta terhalang dan perpisahan
  • Pembaca yang menyukai konflik salah faham, rahsia dan plot twist

Maklumat Buku

  • Penulis: Ella Affandy
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: BBO-6756
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan