• 9257
  • 9258
  • 9253
  • 9254
  • 9255
  • 9256
1

Nuha Books

Salina Oleh A. Samad Said

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Salina Oleh A. Samad Said

Penceritaan novel Salina ini dapat digambarkan dengan watak Siti Salina seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja yang sering meminta duit daripada Siti Salina.

Abdul Fakar seorang yang kaki mabuk, kaki perempuan dan suka memukul dan meminta duit daripada Siti Salina. Walaupun Siti Salina sering dipukul oleh Abdul Fakar, dia tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya, Muhamad Yusuf yang mati akibat perang dunia kedua. Pada asalnya Siti Salina seorang anak yang kaya, namun akibat perang dunia kedua yang mengakibatkan kematian ahli keluarganya dan kehilangan harta bendanya, dia terpaksa menyara dirinya dengan menjadi pelacur. Selain itu, novel Salina ini juga dapat dilihat konflik yang berlaku pada watak Nahidah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan demi memenuhi kemahuan ibu tirinya yang ingin hidup mewah malah Nahidah juga sering diusik oleh Abdul Fakar tanpa pengetahuan ibu tirinya dan Siti Salina.

Atas hasutan Abdul Fakar, Zarina telah menghalau Sunarto dan Mansur yang kerap disindir oleh ibu tirinya telah meninggalkan rumah untuk memasuki tentera. Hal ini menyebabkan Abdul Fakar semakin berani untuk mengusik Nahidah sehingga dia berjaya memperkosa Nahidah pada suatu malam sewaktu Nahidah pulang membasuh baju. Setelah diperkosa oleh Abdul Fakar dan Cik Salim, Nahidah telah lari meninggalkan Singapura dan kemudiannya berkahwin dengan seorang buruh dan menetap di Pulau Pinang. Hilmy berasa sedih akan pemergian Nahidah manakala Siti Salina setelah dinasihati oleh Katijah turut meninggalkan Abdul Fakar dan berhijrah ke Kelantan. Abdul Fakar kemudiannya kembali belayar setelah gagal mencari Siti Salina dan menyesal akan perbuatannya terhadap Siti Salina.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kesan Perang Dunia Kedua terhadap kehidupan dan nasib manusia
  • Kemiskinan, kehilangan harta benda dan perjuangan untuk meneruskan hidup
  • Eksploitasi wanita, pelacuran dan penindasan dalam masyarakat
  • Keganasan rumah tangga serta hubungan yang toksik

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar sekolah menengah yang mempelajari novel Melayu
  • Pelajar dan mahasiswa dalam bidang kesusasteraan
  • Pembaca yang meminati novel klasik Malaysia
  • Pembaca yang tertarik dengan tema kemiskinan dan realisme sosial

Maklumat Buku

  • Penulis: A. Samad Said
  • Penerbit: Nuha Books
  • ISBN: 9789672456520
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan