• 9728
1

Orabook

Indah Cintaku Oleh Msroses

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Indah Cintaku Oleh Msroses

"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki."

Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.

Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.

"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa

"Okay." - Izhan Hakimi

"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa

"Okay." - Izhan Hakimi

Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.

"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi

Eh? Kenapa lain pula ceritanya?

Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan sepupu yang diatur oleh keluarga
  • Hubungan pasangan yang berbeza personaliti
  • Proses mengenali hati budi selepas berkahwin
  • Tanggungjawab suami dalam menjaga isteri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat cerita kahwin paksa atau perkahwinan aturan keluarga
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta selepas berkahwin
  • Peminat watak pasangan dengan personaliti bertentangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Msroses
  • Penerbit: Orabook
  • ISBN: BBO-6789
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan