• 8128
1

Suara Hati Publication

Tergelincir Dari Jalan Syurga Oleh Aireen Aryana

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tergelincir Dari Jalan Syurga Oleh Aireen Aryana

Apabila mereka diuji, ramai yang tergelincir dari jalan panduan al-Quran. Malah, mereka bersedih. Walhal telah dikatakan... la tahzan! (Jangan bersedih.)

Awina Datuk Mikayel, wanita yang tampak sabar dan tabah pada luarannya. Namun, kehilangan Azri membuat Awina hilang pertimbangan. Ledakan emosi membawanya ke jalan kegelapan.

Hid Johar yang baru menjalani pemindahan jantung kini, hidupnya kembali bersinar-sinar setelah melalui beribu duri dan getir kehidupan. Pertama kali bertemu Awina, perasaannya kuat mengatakan wanita itulah yang ditemui lewat mimpi-mimpi ketika dia terlantar sakit.

“Kita kahwin? Hid... kita kahwin!” - Awina

Wajah Hid bertukar pucat. Adakah Awina bergurau dengannya? Apa yang terjadi sehingga wanita itu rela berlari ke dalam pelukannya, lelaki yang tidak punya apa-apa?

“Win, saya nak awak bahagia. Saya terima awak luar dan dalam. Siapa pun awak, apa pun yang awak lakukan, saya tetap cintakan awak.” – Hid Johar

Dia ikhlas menyatakan cintanya kepada wanita itu. Dia tahu Allah pertemukan mereka dengan seribu satu hikmah. Tetapi, bahagiakah hidupnya bersama wanita yang penuh rahsia itu?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Ujian hidup dan ketabahan menghadapi kehilangan
  • Kesedihan serta panduan kembali kepada alQuran
  • Konflik emosi dan jalan kegelapan
  • Cinta, perkahwinan dan penerimaan pasangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik berunsur Islamik
  • Pembaca yang gemar kisah ujian hidup dan penghijrahan diri
  • Pembaca yang menyukai konflik emosi serta rahsia masa lalu
  • Pembaca yang berminat dengan tema cinta, perkahwinan dan penerimaan

Maklumat Buku

  • Penulis: Aireen Aryana
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300168
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan