• 6735
1

Alaf 21

Syahadah Cintamu

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Syahadah Cintamu

Nur Azira dibesarkan dalam suasana penuh didikan agama. Sebab itu dia amat menjaga akhlak dan keperibadiannya sebagai seorang gadis remaja. Tidak kira di mana atau dengan siapa dia berinteraksi. Keperibadian yang mulia itu telah berjaya membuatkan Richard Ong, pengurus tempat Nur Azira bekerja telah jatuh hati padanya sehingga Richard Ong dengan rela hati mahu mendalami agama Islam.

Namun dalam masa yang sama Doktor Hafizi, seorang kariah masjid yang tinggal berhampiran dengan rumah Nur Azira juga turut jatuh cinta dengannya. Tetapi hati Nur Azira telah dicuri oleh Richard Ong terlebih dahulu, walaupun Nur Azira tidak pernah memberitahu sesiapa.

“Okey, kalau begitu, sekarang saya nak terus terang kat awak. Saya dah jatuh cinta kat awak. So, mahu tak awak jadi kekasih saya mulai sekarang?” – Richard Ong

“Err… tak. Saya rasa kita dah banyak buang masa kat sini. Sekarang masih waktu pejabat. Jadi, benarkan saya balik ke pejabat saya sekarang. Ada beberapa laporan lagi saya tak sempat semak semalam. Maaf ya!” – Nur Azira

Nur Azira cuba melepaskan dirinya daripada segala ujian dan dugaan yang melanda. Dia terpaksa meleraikan dilema yang dihadapinya tanpa menyakiti hati kedua-dua jejaka itu. Dia harus memilih yang benar-benar ikhlas dan bersama-samanya hingga ke syurga.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan dilema pilihan hati
  • Keikhlasan dalam hubungan
  • Penghayatan dan pendalaman agama Islam
  • Akhlak serta keperibadian mulia

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Islamik
  • Remaja dan wanita dewasa yang menggemari kisah percintaan berteraskan agama
  • Pembaca yang berminat dengan tema mualaf dan pendalaman Islam
  • Peminat kisah cinta tiga segi serta dilema memilih pasangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Kamsiah Abu
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789678609227
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan