• 7790
1

Karyaseni

Namaku Khadijah Oleh Pena Kayu

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Namaku Khadijah Oleh Pena Kayu

Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.

"Saya tak marah kalau awak nak suka Fahri, tapi tolong, suka awak tu biar berpada-pada. Fahri dan Ariana nak berkahwin tak lama lagi. You get what I mean?" - HAFEZ

Khadijah cukup faham apa yang Hafez sampaikan padanya. Hanya Fahri yang tak faham situasi yang mereka hadapi sekarang. Fahri tidak habis-habis mendekatinya.

"Awak tahu kita berdua jauh dari perkataan kawan. Awak pun tahu dari hari pertama saya nampak awak, ada sesuatu yang mengikat kita berdua. Saya minta awak beri peluang pada diri awak dengan saya untuk bahagia." - FAHRI

Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak.

"Saya buat keputusan ini bukan untuk melemahkan iman Encik Hafez. Saya ingin menguatkannya lagi. Saya mohon lamaran saya dipertimbangkan." - KHADIJAH

Ada sebab kenapa namanya Khadijah dan lebih banyak sebab kenapa dia memilih nama Khadijah. Kalau dengan melamar lelaki itu boleh mencipta bahagia, dia rela. Tetapi benarkah keputusannya boleh mencipta bahagia? Atau semua ini permulaan pada satu malapetaka?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta lama yang kembali selepas 12 tahun
  • Konflik cinta tiga segi dan pertunangan
  • Keberanian wanita membuat keputusan dalam percintaan
  • Lamaran, perkahwinan dan pilihan jodoh

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Peminat kisah cinta tiga segi yang penuh konflik
  • Pembaca yang gemar watak wanita berani dan berdikari
  • Peminat novel romantik berunsur Islamik

Maklumat Buku

  • Penulis: Pena Kayu
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674691257
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan