• 9150
  • 9151
1

Fajar Pakeer

Sakti Bunian

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sakti Bunian

Sebutir geliga bunian menjadi paksi kekuatan kerajaan bunian lautan sejak ratusan tahun.

Mengikut cerita ayah aku, pulau tu memang ada bunian. Hantu pun ada.”- ZAHID

Pada tahun 1801 Masihi, dua orang pemuda, terpaksa berlindung di sebuah pulau yang dikatakan berpuaka. Demi menyelamatkan nyawa adiknya, Damak terpaksa mencari air sehingga tersesat di dalam hutan tebal. Dia kemudiannya diselamatkan oleh seorang puteri bunian dan dibawa ke perkampungan mereka. Sejak itu termerailah janji antara mereka untuk bersaudara dan saling menjaga diikat dengan geliga tersebut.

Tahun 2022, empat orang dihantar ke pulau yang sama. Farid, Pak Derih, Nurain dan Elly diarahkan membawa keluar sebutir geliga dari sebuah kolam bunian dalam tempoh tiga hari.

Pelbagai kejadian berlaku. Elly hilang. Nurain pengsan. Farid entah ke mana dan Pak Derih tersesat. Mereka berpecah arah dan berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing.

“Aku bertempik. Dia pun terbang ke puncak pokok.”-Nurain
“Benda-benda macam ni ada khadam dia. Ada penjaga dia. Ada pemilik dia. Kalau lepas tiga perkara tu, lepaslah. Kalau tak, memang takkan dapat.”- PAK DERIH

“Mari. Mari ikut nenek. Nanti benda putih tu datang sini, nenek tak boleh tolong. Ini tempat dia.”-NEN TEPAH

Apakah kesudahan nasib mereka berempat? Dapatkah batu geliga itu dibawa keluar seperti yang diarahkan? Mampukah mereka berempat keluar dari pulau itu hidup-hidup?

“Sudah beratus tahun, tiada manusia yang sampai ke sini.”-NANG NURBAYA.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Alam bunian dan kerajaan ghaib
  • Pulau berpuaka serta gangguan makhluk halus
  • Geliga sakti sebagai sumber kuasa dan perlindungan
  • Misi mencari geliga dan perjuangan untuk terus hidup

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel seram dan kisah paranormal
  • Peminat cerita alam bunian serta mitos Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah pengembaraan dan survival
  • Peminat novel misteri dengan latar pulau terpencil

Maklumat Buku

  • Penulis: Maria Kajiwa
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221566
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan