• 4118
1

Buku Prima

Cinta Semanis Carrot Cake Oleh Fatinilam Sari

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cinta Semanis Carrot Cake Oleh Fatinilam Sari

BENARKAH gadis cantik bernasib malang? Irina dicintai bosnya, Firdaus yang sudah mempunyai kekasih. Irina mengambil keputusan menerima jemputan ayahnya yang sudah lama bermastautin di Switzerland. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Zurich, dia diculik. Irina terperangkap dalam genggaman penculiknya, Steve, yang membawa Irina ke rumah Bram untuk disembunyikan. Bram mempunyai satu rahsia yang tidak diketahui Irina. Namun, dalam diam mereka saling jatuh cinta.
Cinta yang kian berkembang dalam hati Bram membuatkan lelaki itu mulai memikirkan masa hadapan lalu menerima peluang kerja di Bern. Di Bern, Irina bertemu dengan Yazid. Persahabatan menjadi erat lantaran rasa persaudaraan sebangsa dan seagama. Permusuhan, kebencian dan dendam Bram pada Abu Bakar atau Thomas Burns menghancurkan hubungan cinta dan kasih sayangnya dengan Irina. Irina kembali ke Malaysia bersama hati luka. Lalu Firdaus datang membawa penawar luka dan duka Irina. Siapakah yang menjadi pilihan antara tiga jejaka yang mahu mengisi hati Irina?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta tiga segi antara Irina, Bram dan Firdaus
  • Penculikan dan rahsia masa lalu Bram
  • Konflik permusuhan, kebencian dan dendam
  • Persahabatan serta persaudaraan di perantauan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta tiga segi
  • Peminat kisah romantik dengan konflik emosi yang mendalam
  • Pembaca yang menyukai latar Switzerland dan kisah perantauan
  • Peminat cerita penculikan, rahsia dan misteri hubungan

Maklumat Buku

  • Penulis: Fatinilam Sari
  • Penerbit: Buku Prima
  • ISBN: 9789674461850
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan