• 8189
1

Fajar Pakeer

Suamiku Ketua Gengster REVAMP Oleh Qhayra Qhayriesa

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Suamiku Ketua Gengster REVAMP Oleh Qhayra Qhayriesa

Dingin, kaku, datar… itu watak penuh misteri Tengku Ishaan Danish.

Dia makhluk paling sinis dan selalu menghuru-harakan hidup sesiapa saja yang berperang dengannya kecuali seseorang…

“Awak yang buatkan saya jadi tak tentu arah dan sekarang, awak tanya pulak apa yang saya nak buat? Huh. Sepatutnya fikir habis-habis sebelum buat sesuatu. Kalau tak, macam inilah jadinya. Awak jugak yang dapat akibatnya.” – TENGKU ISHAAN DANISH

“Saya dah buat apa Tengku? Apa yang saya dah buat sampai Tengku tergamak nak buat begini pada saya? Apa salah saya?” – NURUL SARAH

Nurul Sarah, gadis itu biasa saja orangnya. Lurus bendul, tapi itulah yang mengikat jiwa Tengku Ishaan Danish.

Sarah pulak, nak jatuh cinta dengan Tengku Ishaan Danish memang rasanya tak masuk dalam list hidupnya.

Akalnya tak cukup kuotakah sampai nak mempertaruhkan nasib di tangan ketua gengster.

Tapi, bila Tengku Ishaan Danish mengusik hatinya berkali-kali, Sarah tak tentu arah. Bila gengster jadi romantis habis, Sarah terkena panahan jiwa.

Benar… pekerjaan paling sulit adalah membenci dan mencintai sekali gus.

Kisah mereka penuh hitam putih. Wujudnya Dellina yang sentiasa mengejar Tengku Ishaan Danish.

Munculnya Dahlan yang berdendam sejak pertunangannya dengan Sarah terputus.

Pilihan terbaik sudah termaktub… gambaran hati sudah terlihat.

Tapi, mengapa bahagia, dendam, penyesalan… semuanya bercampur menjadi satu rasa.

Kesinambungan apa yang diinginkan oleh mereka?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara ketua gangster yang dingin dan gadis biasa
  • Konflik cintabenci serta hubungan yang penuh emosi
  • Perkahwinan dan kehidupan bersama lelaki berkuasa
  • Dendam, pertunangan yang terputus dan penyesalan masa lalu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Peminat novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki dingin, dominan dan misteri
  • Peminat kisah cinta gangster atau lelaki berpengaruh
  • Pembaca yang gemar konflik cintabenci dan cinta tiga segi

Maklumat Buku

  • Penulis: Qhayra Qhayriesa
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220484
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan