• 4865
1

Penulisan2u

Mr. Dud Next Door Oleh Aisya Rihanna

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mr. Dud Next Door Oleh Aisya Rihanna

Nur Julia Arina ialah seorang gadis biasa. Dia mendambakan cinta daripada seorang lelaki kaya. Keadaan dirinya menjadi kacau apabila kakak kandungnya sendiri bersuamikan seorang jurutera dan kerap menghinanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai teman lelaki. Disebabkan itu, api cinta yang datang mula tumbuh kepada duda di sebelah rumahnya dibuang jauh-jauh.

“Aku tak boleh kahwin dengan lelaki pokai.  Nehi, nehi.  Love is nothing without  money!”- Julia Arina

Kota raya Kuala Lumpur menyaksikan pertemuan semula Julia Arina dan Mr. Dud pokai yang dihindarinya. Identiti sebenar lelaki itu kini terbongkar. Mr. Dud pokai itu adalah Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar. Ops, malunya Julia. Apa yang romantiknya, cinta lelaki itu tetap kudus untuk Julia.

“I tolak you dulu. I, I tak suka lorry driver” -Julia Arina

“Kalau kita suka seseorang, sukar nak padamkan perasaan tu. I accept your reason. I kan open minded,”-Adam Zhafran

Bahagia itu tidak datang bergolek tanpa dugaan.  Cinta tiga segi di antara Adam Zafran, Adam Haykal dan Nur Julia Arina membuat ketiga-tiganya merana.  Mana mungkin Adam Haykal mengaku kalah kepada abang kandung yang dibencinya.  Dan Julia pula, bertahankah dengan hasad dengki kakak kandung sendiri?

“Sampai bila you nak jadi orang gaji untuk si lumpuh tu?  Come on, Arina.  You muda,     cantik, and one thing for sure, i’m crazy about you.  Suruh Zafran ceraikan you.  Lepas edah, kita kahwin!”-Adam Haykal

Sejauh manakah hebatnya cinta Mr. Dud dan Julia Arina ini melawan segala getir yang tiba? Apakah Julia akan melepaskan Mr. Dud kesayangannya?  Dan berjayakah Adam Haykal meranapkan bahagia mereka berdua?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara Julia Arina dan seorang duda yang disangka miskin.
  • Konflik cinta yang dipengaruhi kekayaan, status sosial dan pekerjaan.
  • Pendedahan identiti sebenar Adam Zafran sebagai lelaki daripada keluarga berada.
  • Cinta tiga segi antara Julia Arina, Adam Zafran dan Adam Haykal.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu.
  • Peminat kisah cinta antara gadis biasa dengan lelaki kaya atau berstatus tinggi.
  • Pembaca yang menyukai plot identiti tersembunyi dan salah sangka.
  • Peminat konflik cinta tiga segi serta drama keluarga.

Maklumat Buku

  • Penulis: Aisya Rihanna
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789670992228
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan