• 3236
1

Karyaseni

Masih Aku Sayang Oleh Umi Kalsom

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Masih Aku Sayang Oleh Umi Kalsom

FARAH FIRDAUS terus membiarkan kenangan lama memenjara jiwanya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan sayang itu. Namun dia harus pergi meninggalkan cintanya hanya kerana sebuah rasa.

Aturan takdir, tiada siapa yang dapat ingkari. Farah dan Fattah disatukan menjadi suami isteri dan Farah benar-benar mengecapi bahagia. Namun sekali lagi takdir menguji menjadikan Farah sendiri tanpa Fattah di sisi sebagai suami.

Dan kehadiran Kamal mula menyesakkan minda dan hatinya.

“Aku masih sayangkan kau.” – KAMAL

Hendak dilayan rasa cinta yang pernah wujud dalam hati, Farah tidak betah. Tambahan pula dengan kebencian Lela, adik iparnya, menambahkan luka dalam jiwa. Tidak cukup dituduh sebagai perampas kekasih, dikatakan diri Farah berskandal dengan duda pula!

“Aku ni tak dikira curang dengan Fattah ke?” – FARAH FIRDAUS
Itu juga yang menghantui minda Farah apabila semua orang mendesaknya untuk berkahwin semula. Farah buntu tetapi dia tahu, dia harus memilih dan siapakah pilihannya itu?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta lama yang masih bersemadi dalam hati
  • Perkahwinan, takdir dan peluang kedua
  • Kehilangan pasangan serta konflik kesetiaan
  • Tekanan keluarga, cemburu dan fitnah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta lama dan peluang kedua
  • Peminat cerita konflik rumah tangga serta perkahwinan
  • Pembaca yang suka drama keluarga, fitnah dan cemburu

Maklumat Buku

  • Penulis: Umi Kalsom
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246581
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan