• 2221
1

Jemari Seni

Rumput Masih Hijau

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rumput Masih Hijau

tidak pernah malam itu berpanjangan

tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung

Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa? Bukankah mudah memilih yang masih bujang, daripada memilih ‘bekas’ orang? Apatah lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’!

Perempuan berhati konkrit ke dia, untuk tidak memahami kerlingan Safuan mahupun senyuman Adam. Kenapa hanya lelaki beranak satu itu yang dia suka?

Malu, kan sesudah berkata ‘ya’ pada pinangan ibu si dia, sedangkan si dia pandang sebelah mata kepadanya pun tidak. Tiada sesiapakah yang simpati pada perempuan yatim piatu sepertinya ini tatkala pilu melanda bertimpa-timpa?

Wafa, bukankah rumput itu hijau di mana-mana, kenapa harus memandang pada padang yang sudah dimiliki orang lain?

* * * *

Bacalah rahsia rasa sanubari Wafa daripada pena IMAN XARA dan tanya pada hati sendiri... benarkah Rumput Masih Hijau di mana-mana?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik cinta dan pilihan hati
  • Cinta terhadap lelaki berstatus duda
  • Perkahwinan dan tanggungjawab sebagai ibu segera
  • Pergolakan emosi wanita yatim piatu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta penuh konflik emosi
  • Pembaca yang menyukai tema perkahwinan dan keluarga
  • Peminat watak wanita tabah menghadapi ujian hidup

Maklumat Buku

  • Penulis: Iman Xara
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789675118326
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan