• 7322
  • 8338
1

Suara Hati Publication

My Stupid Bae Oleh Crystal Anabella

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis My Stupid Bae Oleh Crystal Anabella

Zynn dan V dibesarkan bersama sejak kecil. Gelaran ‘childhood sweetheart’ memang tak asing bagi mereka. Namun, kemunculan Rita sebagai ‘kakak’ V menimbulkan rasa kurang senang Zynn.

“I janji, lepas I habis belajar dan ada kerja tetap, I melamar you jadi isteri I.”

Itu impian terbesar Zynn. Dan V sangat mempercayai pemuda itu. Malangnya, janji tinggal janji. Percintaan mereka umpama sebuah drama rekaan Zynn.

“Jangan sesekali kau menagih maaf aku. I hate you so much and I will hate you till my last breath. Berbahagialah kau dengan penderitaan aku.” – V

V membawa diri dengan hati yang hancur lebur. Insan-insan kesayangannya menjadi duri dalam daging. Benarlah wang ringgit bisa memusnahkan sebuah pertalian suci.

Sembilan tahun V menanggung duka, dia takkan benarkan Zynn memijak kepalanya untuk kali kedua.

“You tu yang tak setia! Cinta you cepat berubah arah!” - Zynn

“Apa kejadah pulak aku nak setia dengan kau? Setia dengan lelaki yang dah khianati aku? Lelaki yang mengaku cintakan kakak aku? Lelaki yang anggap aku pembunuh ibu dia?” - V

Kehadiran L dalam hidup V mengundang cemburu Zynn. Namun, Zynn tak layak untuk cemburu. Dia bukan lagi lelaki kesayangan V.

“Kau boleh curang dengan Baby masa Baby jadi girlfriend kau. So, kenapa aku tak boleh buat benda yang sama?” - L

Sikap Zynn yang begitu menagih cinta V menerbitkan curiga. Mengapa pemuda itu perlu mengejar cinta yang telah dibuangnya dahulu? Masihkah ada kemaafan untuk Zynn setelah V mengetahui cerita sebenar? seakan dibawa pergi. Khaled menyangka yang cintanya itu agung, tapi saat semuanya terbongkar, dia terasa betapa kerdilnya diri jika nak dibandingkan ‘dia’ yang terlebih dulu mencintai Wiya. Mungkinkah hati Wiya akan goyah dek kerana agungnya cinta? Atau mungkin Khaled dengan rela melepaskan Wiya pergi kerana terbongkarnya rahsia?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta zaman kanakkanak dan hubungan childhood sweetheart
  • Pengkhianatan cinta, kecurangan dan janji yang tidak ditunaikan
  • Kesakitan hati, dendam serta usaha mendapatkan semula kepercayaan
  • Cemburu, cinta tiga segi dan peluang kedua dalam percintaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu penuh konflik
  • Peminat kisah cinta childhood sweetheart dan cinta kedua
  • Pembaca yang suka tema pengkhianatan, dendam dan penebusan
  • Peminat cerita cinta tiga segi dengan watak utama yang emosional

Maklumat Buku

  • Penulis: Crystal Anabella
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300229
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan