• 2483
1

Kaki Novel

Rembulan Berdarah

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rembulan Berdarah

DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta terhalang oleh perbezaan status dan latar keluarga
  • Dendam serta usaha menuntut keadilan
  • Misteri pembunuhan dan tuduhan terhadap keluarga
  • Penukaran identiti demi menyelamatkan diri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta penuh konflik
  • Peminat cerita misteri dan pembunuhan
  • Pembaca yang suka tema dendam, penganiayaan dan keadilan

Maklumat Buku

  • Penulis: Anita Aruszi
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789675067204
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan